Dewasa kini, isu wanita berhalqum semakin menjadi-jadi. Wanita berhalqum ataupun bahasa mudahnya, golongan lelaki yang menyerupai wanita atau mak nyah, kini mudah kelihatan di mana-mana di tempat awam.
Menurut Profesor Madya Dr Teh Yik Koon, penulis buku "The Mak Nyahs Malaysian Male To Female Transsexuals", terdapat lebih kurang 100,000 mak nyah di Malaysia. Di mana 70 hingga 80 peratus adalah Melayu. Ini seharusnya menjadi kerisauan kita semua.
Tidak kita nafikan, golongan ini pastinya berhujah, ini hak mereka dan mereka lebih selesa menjadi sebegitu. Menjadi lelaki ini bukan fitrah mereka. Kubur kita asing-asing. Jangan jaga tepi kain orang. Malahan lebih teruk lagi, mereka menyalahkan ketentuan qada’ dan qadar dalam kelahiran mereka di dunia ini. Mereka berkata, asalnya mereka di cipta untuk menjadi seorang wanita, namun mereka telah tersalah lahir menjadi seorang lelaki!
Aduh! Hal ini pastinya membimbangkan kita semua. Timbul persoalan di sini, apalah seronoknya mengubah jantina ini? Banyak kes menunjukkan mengubah jantina ini umpama menempah batu nisan awal di tanah perkuburan. Ianya tidak pernah menjanjikan satu kebahagiaan hakiki. Ianya sekadar bersifat sementara.
Kehadiran mak nyah ini juga pastinya menyebabkan institusi keluarga dan masyarakat menjadi porak poranda. Keluarga menjadi malu, tersisih dan di pandang rendah oleh masyarakat. Hal ini pastinya menjejaskan emosi keluarga tersebut.
Dari sudut Islam, penampilan golongan mak nyah ini jelas hukumnya haram.
Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa' ayat 119 yang bermaksud: Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.
Walaupun ayat ini menyentuh pengubahan binatang ternakan, ia tidak bermaksud manusia di benarkan. Kalau bintang yang tidak berakal ini pun ditegah sewenang-wenang dalam mengubahnya apatah lagi manusia yang berakal.
Ia juga berdasarkan beberapa hadis Nabi Muhammad SAW. Antaranya, daripada Ibnu Abbas r.a. Beliau berkata: "Bahawa Rasulullah SAW melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau meniru kaum wanita dan kaum wanita yang menyerupai dan meniru kaum lelaki (Hadis Riwayat Bukhari)."
Jelas di sini, Islam melarang keras kepada umatnya untuk mengubah fizikal diri mereka.
Kita tidak mahu disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Disebabkan golongan ini yang majoritinya terdiri daripada melayu Islam, maka ajaran Islam yang sebenar rosak sebegitu sahaja. Walhal Islam itu sendiri menghalang keras budaya itu.
Jadi, saya mencadangkan agar perkara ini di selesaikan dengan segera menggunakan mekanisme yang baik. Ibarat menarik rambut di tepung. Tidak menggunakan cara yang kasar pastinya menyebabkan mereka merasa tidak selesa dan semakin jauh dengan kita.
Saya secara peribadi menyokong kaedah yang digunakan oleh bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi membantu golongan ini. Mereka telah menganjurkan satu Program Mukhayyam Bersama Mak Nyah di Agro Resort Semuji, Kuantan pada akhir bulan lima yang lalu.
Usaha ini harus di puji dek kerana mereka telah melakukan satu langkah yang baik bagi membendung budaya ini daripada berterusan.
Akhirnya, saya menyeru agar kita semua bersama, seiring dan sejalan dalam menangani isu ini. Tidak guna menyalahkan mereka jika kita sendiri tidak membantu mereka.
Percayalah, jika ditanya kepada mereka, mereka tidak pernah mahu dilahirkan begitu. Mereka juga seperti kita yang mahu menjadi manusia biasa yang di hargai oleh masyarakat sekeliling. Semoga perkara ini di selesaikan dengan segera.
1 ulasan:
Memang betul anda bertanya, apa seronoknya tukar jantina ni? Saya rasa makin sakit adalah. Jadi, kalau seorang tu tabahkan diri tukar juga jantina sedangkan ianya sakit, bukankah itu cukup menunjukkan bahawa dia memang terpaksa? Kalau anda dijanjikan akan menjadi seratus kali lebih pandai dan kuat kalau anda buang sebelah mata atau anggota lain, mahukah anda?
Post a Comment