Apalah nak jadi dengan remaja masa kini. Ingatkan lelaki je yang bermasalah. Rupanya yang perempuan pun tidak ketinggalan membuat masalah.
Kementerian Kesihatan baru-baru ini telah mewartakan lebih banyak kawasan larangan merokok di negara. Ia adalah berikutan berlaku peningkatan penghisap rokok di kalangan generasi muda terutama wanita akhir-akhir ini.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata, kajian soal selidik yang dijalankan Kementerian Kesihatan bersama Kementerian Pelajaran dan Universiti Putra Malaysia (UPM), mendapati peningkatan jumlah perokok wanita di Malaysia pada masa kini semakin serius dan ia satu trend yang membimbangkan.
“Kajian ini membabitkan golongan muda, pelajar universiti dan sekolah. Maklumat terperinci mengenainya akan diumumkan sebelum akhir bulan ini kerana kita menunggu kelulusan dan penyemakan semula daripada kedua-dua kementerian.
“Peningkatan memang serius kerana ada yang beranggapan menghisap rokok boleh kuruskan badan terutama wanita. Ini tanggapan yang salah kerana ia sebenarnya hanya helah untuk menarik orang muda merokok,”Begitulah serba sedikit ulasan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia semestinya perlu diambil perhatian yang serius dari pelbagai pihak.
Ingatlah!! Sekarang bukan masa saling menuding jari menyalahkan pihak-pihak tertentu. Sekarang adalah masa untuk kita semua duduk semeja dan berbincang secara serius mengenai gejala negetif ini.
Pelbagai cara dan langkah boleh diambil bagi mengurangkan masalah ini. Antaranya melakukan kempen kesedaran dan penguatkuasaan undang-undang.
Kempen boleh dibuat dengan menggunakan media masa, iklan dan minggu kesedaran. Kempen yang dibuat perlu dilakukan secara agresif bagi menerangkan bahaya merokok ini kepada kesihatan manusia.
Ibu bapa selaku orang yang paling dekat dan memahami anak-anak mereka perlu cakna mengenai perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka. Pemantauan seelok-eloknya perlu lebih ketat dilakukan terutama kepada anak-anak perempuan.
Hal ini kerana dewasa ini mereka lebih mudah terpengaruh dan terjebak dengan gejala sosial yang semakin bernanah kini. Selain itu, mereka juga perlu lebih dijaga kerana mereka mempunyai fizikal yang lebih lemah berbanding kaum lelaki.
Terfikir pula apakah yang bakal terjadi pada Malaysia 20 tahun akan datang dengan keadaan remaja yang semakin kritikal sekarang. Kes jenayah kian meningkat saban tahun. Ia dilihat seolah tiada penyelesaian terbaik dapat dihasilkan.
20 tahun akan datang, adakah Malaysia bakal mempunyai bakal pelapis yang berkualiti menggantikkan pemimpin sekarang yang semakin hari semakin berumur?
Suka atau tidak, inilah lumrah alam. Yang bertemu pasti berpisah, yang hidup akan mati meninggalkan kita semua menuju ke alam abadi. Tanpa pelapis yang berkualiti, mana mungkin Malaysia mampu menjadi sebuah negara maju dan progresif pada masa hadapan.
Akhirnya, ingatlah semua, merokok itu membahayakan kesihatan. Hal ini kerana ia mengandungi banyak mudarat berbanding kebaikan. Tiada manfaat yang boleh diambil dari merokok ini.
Marilah kita semua tanpa mengira kaum, agama dan bangsa mengatasi masalah ini bersama-sama. Satu kajian mendapati hanya satu bangsa yang tidak merokok. Dan ia adalah bangsa Yahudi. Moga kita semua bersatu dalam mengatasi masalah ini sebelum ia berlarutan.
4 ulasan:
xsuka pompan hisap rokok!!!!
buruk bebenor la kalau pompuan merokok...
mereka masih budak2 lg~nmpk sgt pengaruh rakan sebaya amat kuat.tp kalo ibu bapa pon isap rokok kat umah,pon leh jd perangsang kan~
ape lah nak jaik ngan budak2 zaman skung niew kan..
bg pendapat saye lah kan, knp dowang nie isap rokok dan terlibat dengan masalah sosial?
salah satunye ialah MAK BAPAK...dari rumah la semuanye bermula..
Post a Comment