Apr 3, 2010

Aku Ahli Parlimen 2020


Ahli Parlimen 2020. Itulah impianku sekarang. Adakah ianya mustahil? Tidak..padaku ianya tidak mustahil untuk berlaku. Aku sangat optimis untuk itu. Bagiku tiada apa yang mustahil pada zaman sekarang.

Ada juga yang bertanya, mengapa ingin menjadi ahli parlimen? Hebat dah ke ilmu di dada tu? Ahli parlimen ni bukan senang nak jadi. Dah jadi, banyak pulak cabaran dia. Silap-silap haribulan nama akan menjadi buruk dimata masyarakat.

Tambahan dengan peranan media masa kini. Yang semakin meluas dan banyak rangkaiannya. Berita tidak lagi perlu tunggu berita dari televisyen atau akhbar, hanya perlu ada internet dan komputer.

Segala kekurangan dan kelemahan kita selaku ahli parlimen akan ditelanjangkan oleh pihak-pihak tertentu demi kepentingan mereka. Tambahan pula jika kita mahu mengganggu kepentingan mereka.

Namun aku mempunyai matlamat yang jelas. Malaysia adalah tanah air ku. Tempat aku dilahirkan oleh ibuku, belajar bersama-sama teman seperjuangan, bahagia bersama keluarga dan hidup bersama masyarakat.

Aku ingin membela nasib rakyat Malaysia yang semakin tertindas. Aku ingin mengangkat suara rakyat yang semakin terpinggir sejak sekian lama ke peringkat parlimen. Paling utama, aku ingin membawa Malaysia kearah politik baru yang lebih matang dan adil.

Tidak lagi bersifat tradisional. Hanya satu parti sahaja yang berkuasa dan menguasai pemikiran rakyat Malaysia ini. Bagiku ini tidak adil. Rakyat berhak membuat pilihan yang adil berdasarkan maklumat yang tepat.

Maklumat sekarang hanya berasaskan satu sumber sahaja dengan mengenepikan maklumat pihak yang lain. Aku bukan nak menyebelahi mana-mana pihak. Cuma inilah realiti sebenar politik di Malaysia ini.

Aku juga sudah semakin dewasa dan matang. Jika kecil-kecil dahulu cita-citaku setakat ingin menjadi seorang guru ataupun akauntan. Kini aku mahu menjadi lebih lagi. Bagiku pemuda seharusnya mempunyai jiwa yang sangat besar.

Jiwa yang mahu menakluk dunia untuk membawa kebaikan kepada masyarakat keseluruhannya. Pemuda tidak seharusnya hanya menjadi seorang pemuda biasa. Hanya makan, minum dan bekerja meneruskan rutin harian.

Sangat membosankan. Sangat rugi buat pemuda jika berfikir sedemikian. Jiwa pemuda adalah jiwa yang meronta-ronta untuk membuat satu perkara yang besar. Seterusnya menakluk dunia. Bukanlah sibuk dengan benda –benda yang remeh dan tidak berguna.

Bangkitlah wahai pemuda dimana sahaja anda berada. Kita adalah pemimpin masa hadapan. Kita adalah pelapis kepada pemimpin masa kini. Kitalah yang bakal menggegar dunia. Bukan golongan separuh usia mahupun yang sudah diseru oleh kuburnya.

Kitalah yang akan mencorak dunia. Kitalah yang bakal mengatakan dunia ini begini dan begini. Kitalah yang bakal menyatukan dunia ini kedalam keadilan yang sebenar. Biar mereka tahu siapa sebenarnya kita.

2 ulasan:

ainmohd. said...

dulu masa kekecik cite2 aku paling tiinggi nak jadi kerani.hehe

doa smoga tercapai cita-citew ko.all the best!

+qasih nadira+ said...

qasih pon mmg minat bce n ambik tau pasal politik.tp kalo nak jd ahli parlimen 2 x tlintas lg la nak jd.just ambik tau hal politik negara n luar negara~~~semoga impian mu akan jd kenyataan~amin~

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan