Apr 25, 2010

Nilai Pakaian Wanita


Mengapa pemakaian wanita islam menjadi isu hangat di seluruh dunia? Pemakaian wanita Islam dilihat sebagai satu ancaman. Ancaman yang bakal memusnahkan dunia!

Pengharaman yang dilakukan pula adalah atas dasar keselamatan. Wanita yang berniqab, berburqa, berpudah mahupun berjilbab semuanya digesa dan dipaksa untuk menanggalkannya.

Jelas sekali pengharaman ini menunjukkan tahap kebencian golongan tertentu terhadap Islam. Akhirnya golongan wanitalah menjadi mangsa serangan mereka.

Persoalannya, mengapa mesti kaum wanita yang menjadi mangsa? Sedangkan mereka memelihara tuntutan agama tanpa mengganggu sesiapa pun.

Namun, kehidupan mereka pula yang diganggu. Mereka dikatakan menjadi ancaman kepada dunia. Hakikatnya jika dilihat merekalah golongan yang diancam. Setiap tindakan mereka menjadi perhatian golongan anti islam. Mereka dilabel sebagai kumpulan pengganas.

Kini, di Perancis, Presidennya, Sarkozy, berjanji untuk mengharamkan pemakaian purdah di negaranya. Padahal menurut kata rakyat Perancis, bilangan wanita berpurdah amat sedikit sekali jika nak dibandingkan dengan peratus bilangan rakyat miskin di sana.

Lebih menyedihkan, apabila seorang ahli parlimen Britain menyifatkan pakaian burqa umpama memakai beg kertas di kepala. Sejauh manakah beliau memandang kebaikan pemakaian wanita Islam yang berburqa dan yang lainnya? Sehingga beliau membuat perumpamaan serupa itu?

Perancis seharusnya menghormati hak kebebasan individu. Setiap orang berhak membuat apa yang mereka mahu. Kenapakah hak mereka dipertikaikan?

Jika dilihat pada situasi yang berbeza tentang konsep pemakaian wanita ini, ramai yang tidak sedar secara halus barat telah mengahakis sedikit demi sedikit terhadap pendirian penutupan aurat wanita islam. Ramai yang tidak menyedarinya.

Lihat sajalah pada permodenan pakaian wanita yang pelbagai pada zaman ini. Pakaian muslimah direka oleh penganut agama lain. Timbullah pakaian muslimah yang dikatakan moden tetapi masih menutup aurat.

Persoalannya, sejauh manakah pereka fesyen yang bukan beragama islam itu tahu tentang aurat seorang muslimah? Taukah dia apa sebenarnya yang digariskan oleh Islam dalam menutup aurat ini?

Pakaian yang sempit dan nipis tetapi masih menutup aurat di kepala. Pakaian yang cantik bertudung tetapi batang leher tidak ditutup. Begitulah gambaran fesyen terkini untuk pakaian muslimah yang dikatakan moden itu.

Pelbagai warna, pelbagai bentuk dan pelbagai gaya. Kelihatan cantik, ayu dan sopan. Namun, adakah ia menepati syariat Islam sebenar?

Perlu diingati, Islam tidak menghalang wanita untuk berfesyen. Namun, tidak boleh mengikut sahaja perkembangan fesyen terkini tanpa mengira pandangan di sisi islam.

Wanita moden masa kini perlu lebih bijak dalam pemilihan berpakaian. Wanita perlu sedar akan hakikat barat yang sentiasa mencari jalan untuk merosakkan umat islam.

Ketahuilah Barat sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan umat islam. Sesiapa sahaja boleh menjadi sasarannya. Asalkan kesannya boleh memberi impak yang negatif kepada islam.

Sekarang kelemahan wanita menjadi sasaran kepada mereka. Segala ruang dan peluang pasti akan digunakan untuk memastikan golongan wanita rosak akidah dan moral. Malahan bukan golongan ini sahaja, bahkan umat Islam keseluruhannya.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan