May 1, 2010

Usaha KTM wajar dicontohi


Tahniah!! Aku mengucapkan ucapan setinggi tahniah kepada Keretapi Tanah Melayu (KTM) kerana melakukan satu usaha terpuji. Usaha menyelamatkan golongan wanita yang lemah dari gangguan jantan gatal dan rakus mengambil kesempatan terhadap mereka.

Usaha KTM memperkenalkan koc khas untuk wanita sangat terpuji. Bagiku inilah bakal menjadi perintis pengasingan lelaki dan perempuan dalam satu keadaan. Sekurang-kurangnya terasa selamat jika adik-adik perempuan aku ingin menggunakan perkhidmatan awam tersebut.

Untuk pengetahuan semua, gerabak khas ini beroperasi sepanjang hari. Jadi kepada golongan wanita, bolehlah menggunanya setiap hari. Namun, ianya hanya bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang dan berada di bahagian tengah komuter.


Tambah menarik lagi, KTM ini menggunakan tema ‘Wanita Saja Sepanjang Masa, Ladies Only At All Times’ dan boleh dibezakan dengan pelekat khas berwarna merah jambu.

Jadi, kepada golongan jantan yang mempunyai niat tidak baik kepada golongan wanita ini, lupakan sahaja usaha niat tu. Carilah kerja yang lagi berfaedah. Bertaubatlah sebelum terlambat.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan