May 9, 2010

Teknologi Bukti Keagungan Kuasa Allah


Kecanggihan teknologi kini semakin pesat. Hampir setiap masa akan keluar teknologi baru untuk kegunaan manusia seharian. Dari keperluan peribadi sehinggalah ke keperluan umum, tekonologi sangat membantu memudahkan kehidupan seharian manusia.

Namun, tanpa kita sedari, terdapat bukti kekuasaan Allah pada teknologi yang kita guna pakai kini. Tidak ramai yang perasan baik umat Islam mahupun bukan Islam. Baik yang mencipta mahupun yang menjadi pengguna.

Adakah kita sedar akan hal ini? Disini sekadar perkongsian sedikit mengenai teknologi yang menjadi bukti kekuasaan kuasa Allah untuk di jadikan iktibar kepada manusia.


Teknologi tersebut seperti penggunaan cap jari ataupun pengimbas mata. Kedua teknologi ini menggunakan anggota tubuh badan manusia untuk mengakses sesuatu dokumen rasmi mahupun persendirian.

Meskipun nampak seperti tiada apa-apa makna buat kita, namun terfikirkah kita bagaimana jari kita yang kita guna setiap masa mempunyai keunikannya tersendiri.

Hasil kajian daripada pakar Barat mendapati, tiada suatu manusia pun yang mempunyai cap jari yang sama antara satu sama lain. Sungguh ajaib dan mengkagumkan!

Maha Suci Allah!! Firman Allah dalam surah al-Qiyamah ayat ke 4 yang bermaksud:
“…sebenarnya Kami amat berkuasa menyusun (urat) jari –jemarinya dengan sempurna (tersusun)…”

Betapa hebat dan agungnya Allah menciptakan manusia sedemikian rupa. Meskipun hampir berbilion-billion umat manusia di dunia ini, tiada satu pun mempunyai cap jari yang sama antara satu sama lain.

Bahkan cap jari tersebut boleh digunakan dalam penyiasatan bagi mengecam pemunya cap jari yang dapat dikesan. Seterusnya membantu melicinkan urusan penyiasatan.

Begitulah cebisan keagungan Allah yang data dikongsi kali ini. Semoga kita menginsafi hal ini seterusnya menambah keimanan kita kepada Allah SWT.

3 ulasan:

Syafiq Kadiran said...

Allah Maha Berkuasa...

wadud@duad said...

gud info kawan.. :)
tpi jari saya macam dah pecah2 sebab banyak men game winning, kehkehkeh..

Huda said...

betol2~ n banyak lagi yag kita tak terteroka. cthnya mata, darah, dna dsg. hehe :)

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan