May 25, 2010

Amaran!! Wabak Baru di Temui


Akhir-akhir ini, berita melaporkan satu wabak penyakit baru telah ditemui. Menurut seorang pakar kesihatan dari England, penyakit ini sudah di jangkiti hampir di seluruh dunia. Penyakit ini sangat sukar dibendung.

Menurut Sejarah…

Penyakit ini juga dikatakan jarang di jumpai. Namun, ianya bukan simpton baru. Ia sudah ada sejak dulu lagi. Menurut satu sumber, ia dikatakan sudah wujud sejak tahun 1934 lagi. Sebelum perang dunia kedua meletus lagi.

Namun pada masa itu, ia hanya merebak di sekitar benua Eropah dan benua Amerika Latin sahaja. Kini, sejak tahun 70-an, dikatakan telah merebak di serata dunia termasuk benua Asia.

Penyakit ini dikatakan menyebabkan seseorang itu tidak mampu untuk tidur dengan lena, mata akan selalu berair dan merasa sakit tekak yang melampau. Selain itu juga, ia akan menyebabkan manusia mengalami tekanan perasaan yang tinggi.

Apa Kata Pakar?


Seorang pakar kesihatan daripada Amerika telah menasihati orang ramai agar berjaga-jaga dengan penyakit ini. Segala langkah pencegahan harus diambil segera mungkin kerana dikhuatiri bakal menjejaskan kehidupan manusia biasa.

Selain itu, menurut seorang pakar ekonomi dari China mengatakan, penyakit ini akan memberi impak besar kepada ekonomi sesebuah negara. Jika seluruh rakyat terkena wabak ini, maka ekonomi negara itu mungkin akan terjejas teruk.

Menurut seorang doktor dari India mengatakan, wabak ini lebih bahaya dari H1N1. Ia merebak lebih cepat dari apa yang di jangka. Sangat sukar di bendung penularannya.

Demam Piala Dunia..

Ya, itulah dia demam Piala Dunia 2010. Sangat cepat penularannya. Sukar di bendung dari menular ke seluruh dunia. Dari benua Asia sehinggalah kebenua Amerika Selatan. Kesemuanya sedang mengalami demam piala dunia yang bakal berlangsung di Afrika Selatan pada bulan 6 ini.

Pihak media sedang sibuk melakukan promosi mengenai fenomena ini. Lihat sajalah di kaca televisyen, pastinya akan di tayang bilangan hari pertandingan ini akan berlangsung.

Setiap negara yang terlibat sedang rancak membuat persiapan masing-masing. Masing-masing sibuk mengadakan perlawanan persahabatan. Ianya penting untuk mencongak kesebelasan utama masing-masing.

Keterujaan Peminat…

Dalam pada itu, para peminat pastinya tidak sabar untuk menyokong pasukan kegemaran masing-masing. Benua Eropah pastinya mempunyai peminat paling ramai berbanding benua yang lain.

Pasukan seperti Belanda, Italy, England, Sepanyol dan Perancis sudah dikenali ramai. Tidak perlu di perkenalkan lagi. Dari penjaga gol sehinggalah ke penyerang. Kesemuanya sudah diketahui oleh para peminat masing-masing.

Tambah melucukan, ada yang sudah meminta cuti pada malam final Piala Dunia akan berlangsung. Sudah minta awal-awal lagi supaya tidak terlepas aksi yang penting.

Malam hari pastinya dirasakan panjang berbanding masa biasa akibat menonton perlawanan pasukan pilihan masing-masing. Esok dirasakan sudah tiada lagi. Para isteri pula terpaksa menyediakan suami mereka hidangan pada waktu tersebut.

Semangat Kesukanan Yang Tinggi

Pasukan pilihan tidak semestinya menjadi juara. Pemain bintang bukan jaminan suatu kejayaan. Ia hanya cebisan dari faktor kemenangan berbanding semangat berpasukan yang jauh lebih penting.

Lihat bagaimana Greece mampu menjulang Euro 2004 dulu. Meskipun di label ‘underdog’, namun tetap berjaya menjulang piala benua Eropah hasil semangat pasukan yang tinggi.

Selamat Maju Jaya

Akhirnya, aku ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan-pasukan yang bertanding. Pasukan pilihanku adalah rahsia =). Yang penting semangat pasukan yang hendak di tonjolkan. Bukan permainan individu yang penuh keangkuhan dan keegoaan dari para pemain.

Namun harus kita ingat akan tanggungjawab kita. Tidak dinafikan menonton Piala dunia penting bagi peminatnya, namun janganlah sebab Piala Dunia ini kita di buang kerja akibat tidur semasa kerja. Mengantuk menonton bola pada malamnya!

4 ulasan:

Dzasc Skachers said...

gud info kawan pasal penyakit tuh, tpi alhamdulillah aku leh tido dan xder lak simptom2 camtu, hehehe..
penyakit tuh dah macam demam bola lak ek.. bahaya tol..

Syafiq Kadiran said...

dah xsabar nak kene penyakit ni...cepat la wei!!!

moon said...

huhu...ngt pnykit pe la....
bhye weyh pnykit nie...

Ezad said...

Lor.. ingt betul la ade virus lain... sat ag Bola nye pasal.. he..

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan