Tahukah anda?
Dengan mengitar semula separuh dari barangan keperluan rumah. Kita dapat menjimatkan sebanyak 2,400 paun karbon dioksida setahun.
Pengurangan penggunaan penyaman udara dan mengekalkan suhu pada kadar sederhana. Tidak terlalu sejuk, iaitu dengan menetapkan thermostat anda kepada 2 darjah celcius lebih tinggi. Ini dapat menyelamatkan 2,000 paun karbon dioksida pada setiap tahun. Penukaran sebiji mentol pijar biasa dengan sebiji mentol CFL, ianya dapat menyingkirkan 90 bilion paun kesan gas rumah hijau, iaitu bersamaan dengan 7.5 juta kereta di atas jalan raya. Setiap jumlah liter petrol, anda akan dapat memastikan bahawa hanya 20 paun karbon dioksida yang dibebaskan ke udara. Selain memastikan atmosphera kita bersih, kita juga dapat berusaha agar kekal sihat. Pengurangan penggunaan air panas semasa mandi akan
menjimatkan 350 paun karbon dioksida setahun. Begitu juga penggunaan air panas bagi tujuan mencuci baju dan sebagainya.
Kesan karbon pada suhu bumi sangat mengancam kepada kepekatan gas rumah hijau di atmospera. Ini akan mengganggu kestabilan suhu bumi. Ketidakstabilan itu akan memberi kesan kepada terjadinya banjir, kemarau, lumpur, ribut pasir, serta lambungan ombak tinggi.
Dunia memberi reaksi kepada perubahan suhu bumi. Reaksi ini mendorong pemimpin dunia mengadakan persidangan bagi mendapat kesepakatan dalam memerangi pemanasan global. Ini dapat mengelakkkan daripada berlaku perubahan iklim yang merbahaya.Mudahnya untuk kita mengkritik atau membiarkan sahaja urusan ini di tangan pemimpin. Namun, pada akarnya, setiap individu harus bertanggungajawab dalam memastikan misi pemimpin atasan menjadi kenyataan.
Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, perlu untuk kita memastikan suhu bumi dalam keadaan stabil bagi menjamin kehidupan yang selamat. Langkah yang disarankan bagi mengurangkan karbon perlu di ambil perhatian.
Namun, bencana alam ini tidak dapat lari daripada kehendak Ilahi. Malapetaka yang terjadi adalah sebagai pengajaran kepada manusia yang ingkar dan kufur kepada nikmatNya.
Walaubagaimanapun, kita sebagai manusia harus berusaha menjaga alam sekitar sebagai tanda syukur atas nikmat yang dikurniakanNya. Pemeliharaan alam sekitar ini adalah salah satu ibadat dan tabiat yang digalakkan dalam Islam.
2 ulasan:
nice info..
info yg bagus
Post a Comment