Sesekali apabila ingin melangkah keluar dari rumah, pasti akan timbul satu persoalan di kepala kita, hendak pakai baju apa hari ini.
Nak pakai baju kemeja ke, baju t-shirt ke, ataupun jersey. Kesemua persoalan itu pastinya akan bermain-main di kepala kita ini.
Apa yang pasti, setiap dari kita mempunyai pernilaian kita sendiri. Sama ada ingin berpakaian kemeja mahupun t-shirt biasa. Bergantung pada penilaian dan citarasa kita.
Namun tahukah kita, Islam sangat memandang tinggi pada pakaian yang kita pakai sehari-hari. Baik ketika bersukan, bertemu dengan orang mahupun pergi berperang. Kesemuanya sudah di gariskan oleh Islam.
Bahkan dalam keadaan tertentu, Islam sangat menganjurkan umatnya berpakaian dalam keadaan tertentu. Seperti ketika ingin menunaikan solat dan ketika menyambut perayaan hari raya.
Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat ke-31 bermaksud, “Wahai anak Adam, pakailah perhiasan kalian yang bagus setiap kali mendatangi masjid..”
Selain itu, Rasulullah juga pernah bersabda, “Jika salah seorang dari kalian bersolat, maka hendaklah memakai kedua pakaiannya, sesungguhnya Allah adalah pihak yang paling berhak berhias untukNya” (Riwayat at-Thabrani)
Manakala dalam hadis lain, yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Nabi SAW mengenakan pakaian kain bergaris yang dihiasi di hari raya”(Riwayat As-Syafi’i)
Indahkan Islam itu. Sangat cantik dan indah susunannya. Hatta dalam berpakaian pun ada garis panduannya yang tersendiri.
Itu baru sebahagian dari dalil-dalil dan unjuran yang ditetapkan oleh Islam. Banyak lagi cara pemakaian yang digalakkan dalam Islam.
Para Ulama’ dalam membahaskan mengenai isu pemakaian ini berpendapat, selagi mana ia menutup aurat, maka pakaian itu sah dan dibenarkan dalam Islam.
Manakala menjadi sunnah bagi kita mengenakan pakaian yang paling cantik dan kemas. Seperti mana yang disebut pada dalil-dalil di atas.
Akhir kata, Islam satu agama yang sangat indah. Baik dari segi dalaman mahupun luaran. Islam sangat mementingkan kebersihan dan kekemasan. Semoga usaha kita yang sedikit ini akan diredhai oleh Allah SWT.
2 ulasan:
gud info kawan.. :-)
keep it up..
berpakaian tapi bertelanjang...penyakit umat skrg...
Post a Comment