Amr bin Ash merupakan seorang ahli politik Islam yang terkenal. Sifatnya itu sudah ada semenjak beliau memeluk Islam lagi. Beliau selalu dipilih menjadi juru runding selain bijak mentadbir kawasannya dengan baik.
Sebelum memeluk Islam
Semasa di Mekah, terdapat 3 orang pembesar Quraisy yang selalu menyusahkan baginda, Rasulullah SAW dalam menyampaikan dakwah. Amr bin Ash salah seorang dari tiga orang tersebut.
Namun baginda SAW tidak pernah berputus asa berdakwah kepada mereka. Bahkan mendoakan mereka bertiga akan mendapat hidayah daripada Allah SWT suatu masa nanti. Doa baginda akhirnya dimakbulkan Allah.
Memeluk Islam
Kisahnya memeluk Islam sangat menarik perhatian. Beliau memeluk Islam akibat dibimbing oleh Negus, Raja Habsyi. Bukan disebabkan oleh menerima dakwah dari mana-mana sahabat Rasulullah.
Raja Habsyi itu mendengar kisah Rasulullah dan kebenaran agama yang dibawanya itu. Kemudian baginda bertanya kepada Amr mengapa dia tidak menerima agama tersebut. Lantas baginda menyeru Amr untuk memeluk agama itu yang membawa kebenaran tauhid.
Amr menerima dengan lapang dada. Lantas beliau pulang dan menuju ke Madinah. Dalam perjalanan ke Mekah, beliau terserempak dengan Khalid al-Walid dan Uthman bin Talhah. Mereka berdua juga ingin menuju ke Madinah dengan tujuan yang sama.
Sebelum memeluk Islam, Amr bertanya kepada Rasulullah mengenai dosa-dosanya yang lalu. Baginda dengan senang hati menjawab, bila dia memeluk Islam, gugurlah dosa-dosanya yang lalu. Akhirnya beliau menyerahkan jiwa dan raganya hanya untuk Islam
Kehebatan Amr bin Ash
Suatu masa, Saidina Umar al-Khattab melihat Amr bin Ash, Umar berkata, “Tidak patut bagi Abu Abdillah (Amr) untuk berjalan di atas muka bumi selain menjadi seorang Amir (Ketua)”
Amr bin Ash bukan sahaja seorang pendekar handal dan panglima perang yang gagah, beliau juga merupakan seorang diplomat yang unggul seperti Muawiyah. Beliau juga cekap mentadbir negaranya.
Pembebas Mesir
Sejarah kegemilangan Islam mencatatkan kejayaan Amr bin Ash membebaskan Mesir dari cengkaman tentera Rom yang menguasai Mesir pada masa itu. Beliau bersama tenteranya memerangi tentera Mesir sehingga memperoleh kemenangan untuk Islam
Ahli Politik Islam
Amr bin Ash terkenal semasa dia menjadi wakil Muawiyah dalam perundingan damai dengan wakil Khalifah Ali dalam peperangan Shiffin. Kebijaksanaan Amr bin Ash memberikan Muawiyah kemenangan mentadbir Islam.
Selain itu juga, semasa hayat baginda Rasulullah SAW, Amr bin Ash mentadbir wilayah Islam seperti Oman. Amr bin Ash juga memegang jawatan gabenor di zaman Khalifah ar-Rasyidin yang lain. Ia memperlihatkan Amr dipercayai untuk mentadbir tanah jajahan Islam.
Amaran yang baca !!!
12 years ago
1 ulasan:
blog nie bagus memuatkan cerita mengenai ahli2 Islam zaman dahulu.. teruskan :-)
Post a Comment