Cuba bayangkan,kita melatakkan telinga kita pada dada seseorang. Kemungkinan kita akan mendengar degupan jantung yang kurang jelas. Begitulah cara seorang doktor pada masa dahulu yang mahu memeriksa jantung pesakit mereka.
Sehinggalah pada tahun 1816, Rene Laennec, seorang doktor dari perancis, telah menemui satu kaedah yang lebih baik. Namun, ia tidaklah seperti apa yang dijangka.
Suatu hari, Dr. Laennec dalam perjalanan untuk melawat pesakitnya. Sambil berjalan, dia mengelamun keseorangan. Tenggelam dalam fikiran ciptaannya sendiri.
Pesakitnya, seorang perempuan muda, menghidap penyakit jantung. Pesakitnya juga seorang yang sangat gemuk. Dr. Laennec memikirkan sama ada dia boleh mendengar degupan jantung pesakitnya itu atau tidak.
Tiba-tiba, dari jauh beliau dapat mendengar gelak tawa keriangan kanak-kanak. Gelak tawa tersebut telah menarik perhatian beliau. Beliau melihat sekumpulan kanak-kanak sedang bermain-main di atas longgokan kayu.
Beliau melihat satu pemandangan yang menarik pandangannya. Beliau melihat seorang kanak-kanak menekan telinganya pada satu hujung kayu yang panjang, manakala seorang lagi menekan dihujung yang lain.
Kanak-kanak itu tertawa riang apabila bunyi itu bergerak sepanjang kayu itu. Mereka berasa terhibur dengan bunyi tersebut.
Kemudian, Dr. Laennec kembali menuju ke rumah pesakitnya itu. Semasa hendak memeriksa pesakitnya itu, tiba-tiba Dr. Laennec teringat kembali permainan kanak-kanak yang baru disaksikannya tadi.
Lantas, beliau mengambil sehelai kertas dan menggulungnya menjadi tiub. Bila dia menekan satu hujung tiub itu pada dada pesakitnya dan mendengar pada hujung yang satu lagi. Dia dapat mendengar dengan jelas sekali bunyi degupan jantung pesakitnya itu.
Dr. Laennec kemudian menjalankan eksperimen dengan pelbagai bahan bagi mencipta alat mendengarnya. Selain seorang doktor, Laennec juga adalah seorang pakar pelarik kayu.
Akhirnya beliau berjaya menghasilkan satu kayu berbentuk silinder lebih kurang tiga puluh sentimeter panjang. Ia berlubang-lubang ditengah-tengahnya dan mempunyai cawan yang boleh dilaraskan pada setiap hujung.
Hari ini, para doktor-doktor boleh menggunakan satu variasi instrument yang hanya diilhamkan dari satu permainan kanak-kanak!
Sekarang mungkin kelihatan berlainan dengan ciptaan Dr. Laennec dahulu, namun steteskop ialah alat yang paling mudah bagi para doktor mendengar degupan jantung.
0 ulasan:
Post a Comment