Apr 4, 2010

Beginilah Pemikiran Pemimpin


Tidak salah jika kita memendongak ke langit asal kita tidak lupa rumput yang sering kita pijak. Tidak salah kita sering memandang kehadapan namun jangan lupa orang yang dibelakang kita sekali.

Ya. Inilah dia pemikiran seorang pemimpin. Pemimpin yang disukai oleh rakyatnya. Pemimpin yang berpaksikan rakyat dalam gerak kerjanya. Pemimpin yang tidak sekadar memimpin namun mempunyai ciri-ciri tauladan dalam kepimpinannya.

Aku ada terbaca pada tulisan yang mengatakan pemimpin perlu menguasai egoisme. Bukan bermaksud ego, angkuh, atau sombong. Tetapi yang memberi makna pemimpin yang perlu ada efikasi yang tinggi.

Satu sebab yang mungkin seseorang itu tidak dipandang sebagai seorang yang boleh memimpin adalah dia tidak memiliki sikap egoisme ini. Egoisme yang dapat dilahirkan dari set pemikiran kemudian diterbitkan pada riak wajah dan perlakuan.

Pemimpin harus berfikiran bahawa perlu untuk semua orang menghormatinya. Perlu untuk mengatakan bahawa dia perlu berani mengetuai organisasi dengan baik. Tidak akan tewas di tangan anak-anak buahnya yang lain.

Itulah Ego. Mempunyai pemikiran bahawa segala kerja yang ingin dibuat bolehnya akan dilakukan dengan baik. Dan perlu berfikiran bahawa orang lain memerlukan dirinya dan ia perlu menonjolkan diri dalam sebarang keadaan.

Tetapi awas!! Islam menyeru kepada Umatnya agar merendah diri sesama manusia. Jika kita merendah diri dihadapan Allah, Allah akan menaikkan dirinya di mata manusia. Pemikiran yang berbentuk egoisme ini bukanlah untuk meletakkan diri manusia itu terlalu tinggi. Hanya untuk membantu dalam meningkatkan keyakinan diri.

Pemikiran seorang pemimpin perlu lebih terkehadapan daripada zaman. Ideanya tidak lekang dek hujan dan tak larut dek panas. Kekal relevan setiap masa dan boleh diguna pakai dalam tiap ketika.

Pemimpin itu tugasnya melahirkan bukan sekadar meneruskan. Setuju atau tidak, ini dapat dilihat daripada kesan masa panjang hasil daripada tindakan pemimpin-pemimpin yang lalu.

Kita boleh lihat bagaimana kesan menara berkembar petronas pada ekonomi negara. Sangat memberansangkan. Tahniah diucapkan kepada Tun Dr Mahathir kerana menghasilkan satu prospek yang baik untuk Malaysia.

Kesan dan pengaruh minda rakyat daripada pemikiran pemimpin yang dulunya ingin melahirkan angkasawan negara. Serta pemikiran pemimpin yang mampu melahirkan pelbagai dasar untuk keperluan dan kehendak rakyat pada masa hadapan.

Justeru menjadi pemimpin tidaklah semudah ' menelan air liur yang sudah ada di tekak'. Perlu meletakkan pemikiran dari pelbagai sudut. Dimana pemikirannya 360ْ yang mengamati dirinya sebagai pemimpin di setiap pelusuk keadaan. Mendengar dan melihat dengan pengahayatan. Dan berfikir dengan cara seorang pemimpin.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan