Apr 14, 2010

Guru Semakin Dihina!!


Malaysia sememangnya sedang mengalami masalah sosial yang sangat serius. Bermula dengan kes pembuangan bayi, remaja lari dari rumah, kes ragut seterusnya kes mat rempit dijalanan.

Kesemua ini membuatkan rakyat Malaysia mejnadi takut apabila hendak dari keluar rumah. Bahkan berada dalam rumah sendiri pun tidak lagi selamat apabila penjenayah masa kini semakin berani menyerang mangsanya hatta mangsanya berada dalam rumah mereka.

Namun, apabila ia melibatkan remaja belasan tahun, pastinya perkara ini perlu kita perhatikan bersama. Mereka ini masih muda dan hijau, namun sudah berani melawan guru-guru mereka yang telah bersusah-payah mengasuh dan mendidik mereka disekolah.

Laporan berita hari ini melaporkan sekumpulan pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah menengah menyembur cat ke atas sembilan kenderaan guru mereka dan memecahkan cermin tepi sebuah kereta.


Kejadian itu dilaporkan berlaku di kawasan letak kereta berhampiran makmal sekolah. Pelajar itu dikatakan menggunakan cat kuning dan putih untuk menyembur belakang dan tepi kenderaan guru sesi petang itu.

Sedih apabila membaca berita ini. Apalah hendak jadi dengan remaja zaman millenium sekarang? Jika dahulu hendak menghadap seorang guru pun berasa takut, inikan hendak mensabotaj barang-barang mereka.

Dimanakah rasa hormat dan sayang pada guru-guru yang telah banyak berkorban untuk mereka? Tidakkah rasa berdosa dan bersalah melakukan perbuatan sedemikian? Dimanakah adab kita dengan mereka? Akan berkatkah ilmu yang mereka curahkan kepada kita?

Guru seharusnya dihormati dan disayangi kerana ilmu yang mereka curahkan kepada kita. Keringat yang telah mereka usahakan untuk pelajar-pelajar tercinta. Mereka tidak jemu-jemu dalam melayan karenah pelajar-pelajarnya yang terdiri dari pelbagai latar belakang.

Namun usaha mereka dibalas dengan kereta mereka di pecahkan cermin dan disembur cat. Segala keringat dan pengorbanan mereka selama ini berbalas dengan satu penghinaan yang sangat teruk.

Jika dahulu, guru-guru ini sangat tinggi martabatnya. Ibu bapa memberi 100% kepercayaan mereka kepada para guru untuk mendidik anak-anak mereka. Hatta ada yang berebut hendak minum air bekas gurnya untuk mendapat keberkatan ilmu yang diterima.

Dimanakah silapnya sehingga perkara ini boleh berlaku? Mengapakah para pelajar ini sudah semakin hilang hormatnya kepada guru yang mengajar mereka? Tidak takutkah mereka akan hukuman yang bakal mereka terima nanti?

Mungkin sudah tiba masanya kerajaan melakukan sesuatu bagi mengelakkan kejadian ini dari berulang. Para guru harus dilindungi dan dibela hak mereka. Tambahan pula, guru adalah pencetus generasi masa hadapan.

Tanpa mereka, siapa lagi yang mampu menyahut tanggungjawab mendidik anak bangsa kita? Merekalah satu-satunya golongan yang menjadi tunjang dalam menggerakkan generasi masa hadapan Negara yang cerah.

Gaji yang mereka perolehi berapalah sangat jika hendak dibandingkan dengan usaha mereka mendidik anak bangsa kita. Malahan ada sebilangan guru yang terpaksa mengambil kerja sambilan dalam menanggung kos sara hidup yang kian meningkat.

Akhirnya, marilah kita membela dan mempertahankan hak-hak guru ini dari terus dicabuli. Jangan biarkan mereka dihanyak oleh pelajar mereka sendiri. Mereka seharusnya menjadi agenda penting dalam perancangan masa hadapan Negara.

4 ulasan:

EeSoon said...

What happen to today's teenagers? It's sad to read this kind of news. So embarrassing...

Apa sudah jadi pada remaja kini? Susah hatilah apabila membaca berita sebegini. Sungguh memalukan...

hasmadi said...

inilah akibat daripada peraturan yang baik yang perlu dipatuhi tetapi ditegah daripada dilaksanakan...
inilah dianya peraturan yang wujud demi utk mendapat nama...
secara teorinya...pencadang peraturan ini adalah daripada mereka yang mempunyai anak yang bermasalah...

Anonymous said...

sedihnya..
saya bakal guru~

Hafidz said...

semua pihak harus bergandingan bahu bagi membendung perkara sebegini berlaku..
apa yang berlaku pada hari ini akan menjadi teladan kepada anak-anak generasi baharu..
paling penting ialah didikan awal daripada ibu bapa harus dipasak sekuatnya di dalam diri belia sekarang...

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan