Dec 16, 2011

Kenangan Sekolah Menengah (Madrasah Idrisiah)


Artikel ini ingin saya kongsi berkenaan kisah sebuah persahabatan. Sengaja saya nukilkan kisah ini kerana bagi saya, nilai sebuah persahabatan ketika di sana sangat tinggi dan tiada tolok bandingnya. Ia mempunyai nilai memorial yang tinggi buat kami semua yang pernah bersama.

Kadang-kadang menitis air mata ini mengenangkan kenangan yang pernah saya ukir bersama sahabat-sahabat saya di situ. Terlalu banyak kenangan untuk dikenang kembali. Sehinggakan terasa ingin sahaja kembali ke kenangan itu. Begitulah indahnya sebuah persahabatan itu.

Teringat memori di Idrisiah dahulu. Saya belajar di situ daripada tingkatan satu hingga ke tingkatan lima. Sebuah Sekolah Agama Rakyat yang terletak berhadapan dengan Masjid Ubudiyah yang terkenal dengan keunikan binaannya yang tersendiri.

Di sekolah inilah saya menjalani kehidupan untuk mendewasakan diri. Saya mula belajar hidup berdikari. Maklumlah, rumah nun jauh di Kuala Lumpur sana. Hendak pulang pun sebulan sekali.


Secara jujurnya, di sekolah inilah saya mula belajar untuk menjadi lebih dewasa dan matang. Belajar cara hendak mengurus diri sendiri tanpa bantuan kedua-dua ibu bapa yang berada jauh di Kuala Lumpur. Sehingga kini, kesannya itu masih terasa.


Selain itu saya beruntung kerana mendapat ramai kawan baru. Kebanyakannya berasal daripada negeri Perak itu sendiri. Apa pun tidak sukar hendak mempelajari bahasa Perak kerana ia merupakan kampung saya sendiri.
Pada tahun pertama, pelajar tahun pertama akan dikenakan orientasi selama 40 hari. Ini bagi mendidik pelajar baru dengan jiwa tarbiyah Idrisiah yang sebenar. Memulakan bahasa ‘ana’, ‘enta’, akhirnya tinggal ‘aku’, ‘hang’ sahaja. Kelakar rasanya mengenangkan perkara itu.


Apa yang saya berasa seronok adalah kerana batch saya merupakan antara batch yang paling ramai berasal daripada Kuala Lumpur. Jadi, bila sahaja musim cuti, kami akan pulang beramai-ramai. Sungguh seronok tika itu.

Pelbagai pengalaman yang saya kira terlalu banyak untuk dikongsi. Meskipun sudah hampir 5 tahun berlalu, saya beruntung kerana masih tidak terputus hubungan dengan mereka selain masih merasa dekat antara satu sama lain.


Antara kenangan yang tidak dapat dilupakan semasa tingkatan tiga. Ada sahaja kerenah yang telah dilakukan oleh kami semua. Tidak perlulah diceritakan kembali. Cukuplah ia dijadikan pengajaran berguna buat kami.

Saat paling sedih adalah ketika di akhir hari majlis perpisahan kita semua seusai sahaja tamat peperiksaan SPM. Mungkin ia disambut secara biasa, namun ia tetap mempunyai nilai memori yang tersendiri.


Kini, semua itu tinggal sejarah. Namun ia tetap tidak akan melunturkan persahabatan yang telah kita bina dahulu. Segala kepayahan, keringat yang dicurahkan selain gelak tawa yang sentiasa hadir di antara kita sentiasa menjadi igauan kita semua.


Akhirnya, cukuplah saya menyentuh sedikit mengenai kisah persahabatan saya di sekolah menengah saya dahulu. Sengaja di coret semoga ia menjadi satu tanda bahawa ia pernah ada dalam kamus hidup saya selain ingin dijadikan kenangan sahabat yang lain juga.
Ada masa kita jumpa lagi.

Kepada kawan-kawan semua, aku rindu sangat dengan korang semua. Maaf artikel ini tak seberapa. Juz tiba-tiba teringat dekat korang. Lama dah kita tak jumpa. Apepun korang sentiasa di hati aku ini. Love U all…

Salam sayang daripada,
Muhammad Akmal
0000
Petaling Jaya

2 ulasan:

moon said...

rindu sngt kngngn kt idrisiah... =)

Siti Nur Amirah said...

ye..terima kasih utk segala kenangan.terima kasih jugak kadang-kadang sanggup tukar tiket bile aku dpt duk sblh laki..nnt aku wat muke sdih pastu tak pasti ko ke kamil ke mst tuka tmpt duduk.jd aku duk sblh adk korg..slamat aku..heheh;'p

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan