Aug 23, 2011

Politik Jepun Politik Alaf Baru


Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengumumkan bahawa jemaah menteri negara itu akan meletakkan jawatan pada 30 Ogos ini. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Ekonomi Jepun Kaoru Yosano pada para pemberita.

Komen perdana menteri yang tidak popular itu mengesahkan hasrat beliau untuk meletakkan jawatan dalam beberapa hari lagi. Ianya sekaligus membuka laluan kepada pemilihan perdana menteri yang keenam sejak Junichiro Koizumi mengakhiri satu penggal lima tahun khidmatnya pada 2006, yang jarang disaksikan di negara itu.

Parti Demokratik yang memerintah Jepun dijadual memilih pemimpin baru pada 29 Ogos dan membentuk Kabinet seterusnya. Untuk rekod, Kan adalah Perdana Menteri kelima Jepun dalam tempoh lima tahun.

Kan dikatakan berundur disebabkan ketidakmampuan beliau dalam menangani isu krisis nuklear terburuk dalam tempoh 25 tahun yang berlaku pada negara tersebut pada awal tahun ini. Ia juga dipercayai disebabkan desakan daripada dalam parti yang mahu perubahan dilakukan dengan segera.

Ternyata politik Jepun ini boleh dijadikan satu contoh yang baik. Pemimpin sanggup berundur diri bagi menyelamatkan negara sendiri daripada malapetaka yang lebih besar. Semoga Malaysia juga akan menuju kearah ini demi kemajuan Malaysia itu sendiri.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan