Perjuangan jika diterjemahkan kedalam bahasa Arab memberi makna “Jihad”. Kini umat Islam semakin jauh daripada kesedaran dalam berjuang di jalan Allah ini. Ada pendapat mengatakan jihad paling besar adalah melawan hawa nafsu. Namun apa yang pasti perkara tersebut tidak pernah dinyatakan dalam Al-Quran. Al-Quran meletakkan berjuang di jalan Allah adalah dengan berperang.
Kemudian sistem pendidikan yang memberi pendedahan tentang jihad sama sekali telah dihapuskan dalam sistem pembelajaran umat Islam. Ianya didasari beberapa sebab yang rapuh. Namun apa yang pasti sebab paling utama ianya dikhuatiri akan memberi kesedaran kepada umat Islam mengenai kepentingan berjihad ini sekaligus mengancam kedudukan musuh-musuh Islam.
Ibnu Abbas mengatakan berjihad ialah mencurahkan seluruh jiwa dalam perjuangan membela kebenaran agama Allah tanpa perasaan takut kepada sesiapa pun selain daripada Allah. Manakala Muqatil mengatakan jihad ialah hendaklah beramal dengan bersungguh-sungguh demi keredhaan Allah dan menyembah kepadaNya dengan sebenar-benar ibadah.
Jika kita lihat sendiri, ianya jelas menunjukkan betberjuang dijalan Allah merupakan satu kewajipan yang telah ditetapkan oleh syariat dan ia merupakan tanggungjawab kepada semua umat Islam. Samada suka atau tidak, itulah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada kita. Perkara ini juga boleh menjadi fardu Ain apabila terdapat Negara Islam diserang oleh musuh Islam.
Ingatlah perjuangan di jalan Allah mendapat taraf kedudukan yang sangat tinggi sesudah iman kepada Allah SWT. Ianya kerana berjuang di jalan Allah tiada istilah kalah. Yang ada hanyalah mati syahid atau hidup mulia. Sedarlah wahai saudaraku, mati syahid merupakan satu-satunya tiket percuma bagi kita memasuki syurga Allah SWT. Namun ianya menuntut perjuangan yang pahit sebelum mengecapi kemanisannya.
Dalam satu kisah, Rasulullah pernah ditanya oleh para sahabat : Apakah yang sama perjuangan di jalan Allah? Baginda menjawab : “Kamu tidak akan pernah sanggup menjalaninya”. Mereka mengulangi pertanyaan itu hingga dua tiga kali, dan Baginda tetap menjawab : “Kamu tidak akan sanggup menjalaninya”. Namun pada akhirnya baginda menjelaskan : “Orang-orang yang berjuangan di jalan Allah ibarat orang yang berpuasa, bersembahyang malam dan menekuni ayat-ayat Allah. Ia tidak putus-putus sembahyang dan berpuasa hingga pulang orang yang berperang di jalan Allah.”Kemudian, dalam satu hadith yang lain, diriwayatkan oleh Imam Abu daud dan Imam Ahmad, baginda Rasulullah SAW bersabda :
“ Segolongan dari umatku akan tetap berperang membela kebenaran, akan dapat mengalahkan musuh yang berlawanan mereka, hingga umatku yang trakhir bakal memerangi Dajjal(Pendusta yang akan menyebarkan kesesatan di akhir zaman).”Perjuangan member suatu pengistilahan yang sangat luas. Sebagaimana yang telah di tafsirkan oleh Ibnu Abbas, perjuangan bermakna melakukan segala bentuk usaha bagi mengalahkan musuhnya. Ianya bermula dari perjuangan menggunakan senjata melawan musuh Islam mempertahankan Negara Islam, masyarakat, dan agama sehinggalah menentang hawa nafsu
dan hasutan Syaitan.
Tujuan berperang bukanlah sekadar memenuhi tuntutan hawa nafsu manusia. Bahkan ia bagi melindungi kehidupan manusia itu sendiri di muka bumi ini, selain menjaga kebajikan dan melawan musuh-musuh Allah. Selain itu, sebab utama kita berjuang di jalan Allah ini tidak lain bagi mendapatkan keredhaan dari Allah sendiri.
Akhirnya, kita sebagai hamba yang mengaku Allah itu Tuhan kita, Islam itu agama kita, Al-Quran itu pegangan kita, dan Muhammad itu nabi kita, kita perlulah melaksanakan perkara ini dengan sewajarnya. Kedudukan Islam kini sangat ditekan bukan sahaja oleh musuh Islam, bahkan umat yang mengatakan mereka Islam juga.
Tokoh Ulama Islam masa kini, Prof Dr Yusof Qaradhawi pernah mengatakan, dia sama sekali tidak pernah bimbang jika yang menentang umat Islam itu adalah musuh-musuh Islam, namun apa yang paling beliau bimbangkan apabila yang melawan Islam itu merupakan penganutnya sendiri. Ini kerana ianya lebih merbahaya dan sangat memberi ancaman kepada agama Islam itu sendiri selain membawa fitnah kepada Islam.
Jadi marilah kita bersama-sama berfikir sejenak, apakah yang boleh kita lakukan bagi membantu perjuangan di jalan Allah ini. Adakah sudah cukup dengan apa yang telah kita lakukan sebelum ini. Yakinkah kita ianya mampu untuk menjamin kedudukan kita apabila kita berhadapan dengan Tuhan sekalian alam, Allah SWT? Jadi sebelum terlambat, marilah kita bersama-sama berazam mahu memberi sumbangan dalam menegakkan agama Allah di muka bumi ini.
1 ulasan:
Jihad sudah semakin jauh dari hati dan jiwa golongan muda
Post a Comment