Eropah menyaksikan Islam ditindas baik secara haram mahupun secara halal. Tiada pembelaan sewajarnya diberikan kepada umat Islam di sana. Setiap masa ada sahaja yang ingin mengusik penganut agama Islam ini dalam menunaikan tuntutan agamanya.
Ini menyebabkan umat Islam merasa tertekan dan tidak berasa selamat. Kehidupan mereka di ancam baik oleh masyarakat mahupun pemerintah di situ.Namun, dengan bantuan Allah dan di ilhamkan kepada hambaNya yang soleh, Allah SWT telah membantu hamba-hambaNya disitu.
Malahan telah membuka mata masyarakat dunia betapa Islam itu sangat mulia dan suci. Tahun 2006, setelah hampir 5 tahun berlalu peristiwa 11 September, menyaksikan satu penciptaan hebat telah dihasilkan.
Sebuah fesyen pakaian pro-Islam telah dihasilkan di Jerman bagi menyatakan keadaan Islam yang sebenar pada masyarakat Barat.
Ianya telah diilhamkan oleh Melih Kesman, seorang pereka fesyen. Ianya dihasilkan selepas peristiwa pembantahan umat Islam terhadap kartun Nabi Muhammad SAW di Denmark.
Melih memikirkan cara yang ‘ramah’ bagi menyatakan Islam sebenar.Lantas, berpegang pada konsep, “semua orang berpakaian”, dia memilih fesyen sebagai cara dia berekspresi mengenai Islam sebenar.
Bermula dengan penghasilan baju dan topi, kini ia telah berkembang dengan banyak lagi seperti ikat tangan, baju berpenutup kepala dan pakaian kasual anak muda yang lain. Semuanya memfokuskan pada konsep Islam yang ramah.
Pada mulanya, ia menggunakan tulisan “I love My Prophet”. Kini ia telah berkembang dengan lebih banyak lagi. Dijalanan di Bandar Witten, Jerman, boleh dilihat baju tertulis, “Terorist has No Religion” dan banyak lagi perkataan dan gambar-gambar lain yang menerangkan konsep
Islam sebenar secara ramah.
Menariknya, tidak sampai 3 tahun fesyen ini lahir, kini ia telah berkembang hampir keseluruh Bandar Witten dan sedang berkembang pesat di seluruh Eropah. Bahkan, bukan Muslim turut mengenakan fesyen ini. Sungguh mengkagumkan!!
Melih Kesman ketika ditemu bual menyatakan perkara ini sama sekali diluar jangkaannya. Dia merasakan ini satu perkembangan yang sangat baik dan positif kepada Islam secara keseluruhannya.
Ia juga berharap Dunia Barat menerima mesej yang ingin disampaikan olehnya melalui fesyen yang dihasilkannya itu. Selain dapat mengembangkan dakwah Islam secara baik dan ramah.
1 ulasan:
wahh...bagus2..
p'kembangan yg baik..
Post a Comment