Jun 18, 2010

Kasih Seorang Lelaki Bergelar Ayah


Pagi itu, seperti pagi-pagi biasa sebelumnya, seorang lelaki berusia lewat 30-an keluar bagi mencari rezeki untuk keluarganya. Cuma pada pagi itu, lelaki itu harus keluar lebih awal kerana mahu pergi merantau dek tuntutan mencari rezeki buat keluarga tersayang.

Lelaki itu mencium seorang demi seorang anaknya. Dia merenung seorang demi seorang anak-anaknya itu. Masing-masing masih lena di buai mimpi. Kemudian, dengan lembut dia berpesan kepada anak sulungnya untuk menjaga adik-adiknya semasa ketiadaannya buat seketika.

“Abang, jaga adik-adik baik-baik ye masa ayah pergi kerja, lagi tiga minggu ayah balik rumah. Ada rezeki lebih ayah bawa hadiah untuk abang dan adik-adik ye,” tutur ayah sambil tersenyum melihat anak sulungnya itu yang sudah separuh sedar.

Isterinya kemudian mencium tangannya. Sang suami kemudian menghulur beberapa not duit untuk dijadikan bekalan belanja rumah semasa ketiadaannya nanti.

“Jaga anak-anak kita baik-baik. Ni ada duit sikit untuk belanja rumah. Guna dengan elok ye. Abang keluar kejap je, lagi 2, 3 minggu abang balikla,” bisik suami kepada isteri tercinta.
Begitulah antara kisah pengorbanan yang harus dilakukan seorang lelaki bergelar ayah. Mereka berkorban tenaga dan masa bagi mencari sesuap nasi untuk keluarga tersayang.

Tanpa mengenal erti lelah dan penat, mereka membanting tulang empat kerat mereka bagi mencari rezeki. Ada yang terpaksa berminggu-minggu merantau mencari rezeki. Bahkan ada yang berbulan-bulan baru pulang ke rumah hanya untuk mencari rezeki.


Namun, mereka tidak mengharapkan sebarang balasan. Cukuplah sekadar mereka dapat melihat anak-anak mereka berjaya dalam kehidupan mereka. Sang ayah sudah merasa puas dan gembira.

Itulah dia insan bergelar ‘Bapa’. Sangat mulia pengorbanan yang dilakukan oleh mereka terhadap keluarga mereka.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan