Bulan Ramadhan di Malaysia memperlihatkan banyak bazaar Ramadhan dibuka hampir di setiap tempat. Menariknya di setiap bazaar ini disediakan pelbagai menu makanan untuk dipilih. Pengunjungnya juga mencecah ratusan orang setiap hari.
Para penjual tidak menang tangan hendak melayan pelanggang yang berkunjung. Ibu bapa pula sibuk melayan rengekan anak-anak yang mahu membeli makanan mereka. Tidak ketinggalan pihak keselamatan sibuk menjaga kesesakan lalu lintas selain menjaga keharmonian bazaar.
Begitulah serba sedikit bayangan Ramadhan saban tahun. Setiap umat Islam sibuk menyediakan juadah berbuka puasa masing-masing. Ada yang serba sederhana dan ada juga yang mewah. Semuanya bergantung pada poket masing-masing.