Sep 5, 2010

Umat Islam suka membzir?


Bulan Ramadhan di Malaysia memperlihatkan banyak bazaar Ramadhan dibuka hampir di setiap tempat. Menariknya di setiap bazaar ini disediakan pelbagai menu makanan untuk dipilih. Pengunjungnya juga mencecah ratusan orang setiap hari.

Para penjual tidak menang tangan hendak melayan pelanggang yang berkunjung. Ibu bapa pula sibuk melayan rengekan anak-anak yang mahu membeli makanan mereka. Tidak ketinggalan pihak keselamatan sibuk menjaga kesesakan lalu lintas selain menjaga keharmonian bazaar.

Begitulah serba sedikit bayangan Ramadhan saban tahun. Setiap umat Islam sibuk menyediakan juadah berbuka puasa masing-masing. Ada yang serba sederhana dan ada juga yang mewah. Semuanya bergantung pada poket masing-masing.

Golongan ibu bapa pastinya paling sibuk menyediakan juadah berbuka untuk anak-anak tersayang. Mereka akan pulang awal dari tempat kerja bagi menyediakan makanan untuk keluarga tersayang.

Namun ia menjadi malang apabila juadah yang disediakan akhirnya menjadi sampah! Makanan yang disangka sedap tadi akhirnya dibiarkan sebegitu sahaja.

Malaysia hari ini diikejutkan berita bagaimana rakyat Malaysia membazirkan hampir 9000 tan makanan sehari sepanjang bulan puasa ini! Ini satu berita yang sangat menyedihkan buat umat Islam di Malaysia.

Jumlah itu dianggarkan 45 peratus daripada 20,000 tan keseluruhan sisa pepejal yang dikutip di seluruh negara sehari. Sikap membazir ini dilihat ketara di kawasan bandar berbanding penduduk di pedalaman atau kampung.

Hal ini kerana mereka yang tinggal dikawasan pedalaman mengitar semula makanan tidak habis dengan memberikannya kepada ternakan mereka seperti ayam dan itik.

Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Datuk Nadzri Yahaya percaya jika orang ramai dapat mengurangkan pembaziran makanan, terutama menjelang musim perayaan, kerajaan mampu menjimatkan kos pengurusan sisa pepejal yang kini ditanggung pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bagaimana perkara ini berlaku? Tidakkah membazir itu amalan syaitan? Syaitan sudah dikurung Allah SWT. Bagaimana mungkin umat Muhammad yang mulia ini begitu mudah mengikut amalan Syaitan Laknatullah itu?

Ingatlah wahai umat Islam! Bulan Ramadhan bukan bulan memuaskan nafsu kita dengan makanan. Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang Allah kurniakan kepada kita untuk beribadat. Bukan menurut hawa nafsu semata-mata.


Berlebih tidak salah asalkan kena pada tempatnya. Janganlah kerana nafsu kita mengikut amalan syaitan. Hindarilah dari terus melakukan amalan syaitan ini. Semoga kita dijauhi dari melakukan perkara sia-sia sepanjang bulan Ramadhan ini.

1 ulasan:

~~Mr.M~~ said...

setuju....
sooo...
jgn membazir.........

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan