Oct 20, 2010

Merepek sebentar ^^


Malas, malas, malas... Oh Tuhan! Aku merasa sungguh malas! Ada yang kata malas tahap gaban, ada yang kata malas tahap 'A level', tidak kurang ada yang kata malas tahap anjing peliharaan.

Aduh! Hina sungguh rasanya aku sebagai makhluk yang dikurniakan kesempurnaan akal hendak dibandingkan dengan seekor anjing yang haram bagi umat Islam.

Tapi aku kisah apa! Aku memang merasa malas sekarang. Malas hendak membuat kerja, malas hendak menolong dan malas segalanya. Hanya mahu duduk bersenang lenang sahaja.

Kenapa aku malas? Tiada jawapan pasti dapat diberi. Cuma apabila hati sudah merasa malas, terasa tidak mahu membuat apa sahaja.

Malas merupakan satu kurniaan Allah kepada makhluknya. Jadi, tidak salah rasanya aku hendak merasa malas. Sekadar menandakan tanda syukur aku pada kurniaan Allah itu sahaja :)

Syukur? Sejak bila aku pandai rasa bersyukur pulak ye? Malas dalam keadaan bersyukur, pelik pulak bunyinya. Namun aku memang merasa malas sekarang.

Mesti ramai yang marah. Namun, aku tetap manusia biasa. Ada perasaan pelbagai. Cuma pastikan ia kena pada tempatnya.

1 ulasan:

ain said...

ohh Yb telah dilanda virus MAGAN sekali lg..=)

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan