Minggu peperiksaan bakal menjelma. Biasalah sebagai seorang manusia biasa, bila berhadapan dengan perkara yang melibatkan maruah dan masa depan, darah gemuruh itu pasti akan terasa juga.
Apa yang ingin aku kongsi disini adalah bagaimana pesan seorang pensyarahku kepada kami di dalam kelas,
"....kamu sudah belajar hampir 4 bulan untuk subjek ini, tapi 2 jam(masa peperiksaan) itulah yang jadi pengukur kejayaan kamu, berjaya atau gagal...selepas habis kertas tu, tidak mengapalah kalau kamu nak lupa pun..."
Begitulah antara amanat yang beliau bagi kepada kami. Dan aku juga percaya, kalian semua pastinya pernah mendengar amanat ini sebelum-sebelum ini terutamanya sebelum minggu peperiksaan.
Disini ada beberapa perkara yang menarik perhatian aku mengenai amanat yang telah disampaikan oleh beliau.
Pertama, adakah peperiksaan adalah pengukur terbaik untuk kejayaan seseorang? Tidak dinafikan ia adalah salah satu cara untuk kita menilai seseorang, namun, adakah hanya beberapa jam itu adalah pengukur terbaik untuk kejayaan kita?
Adakah adil mengatakan seseorang yang gagal menjawab dengan baik hanya kerana tidak sihat, tidak mengingati jawapan soalan yang dikemukan adalah seorang yang tidak cerdik?
Kedua, kenapa hanya dua jam sahaja dijadikan pengukur kepada kejayaan atau kegagalan seseorang? Tidakkah ia menzalimi orang yang menduduki peperiksaan itu sendiri.
Seterusnya, aku berasa sistem peperiksaan ini gagal untuk melahirkan insan yang cemerlang. Ia hanya menghasilkan insan yang sekadar kuat menghafal lalu diterjemah kedalam kertas. Cukup sekadar itu.
Yakin dan percayalah, selepas habis peperiksaan, kita akan melupakan perkara yang dihafal itu (termasuk aku :> ). Malah, lebih malang lagi, segala nota yang mengandungi ilmu itu, akan bertaburan menjadi sampah!
Amat menyedihkan bukan? Ilmu yang berharga itu akhirnya menjadi sampah sahaja. Walhal ilmu itulah yang membuatkan seseorang itu berjaya.
Cukuplah sekadar ini sahaja aku ingin berceloteh. Apa yang aku katakan ini untuk diri aku jugak dan aku ingin berkongsi dengan kalian. Moga kita tidak melakukan perkara seperti ini. Insyallah...
0 ulasan:
Post a Comment