Allah SWT mengurniakan setiap manusia kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ianya tidak lain bagi melengkapi antara satu sama lain dalam meneruskan kehidupan didunia ini.
Tiada siapa dapat mengingkari hakikat betapa segala ciptaan Allah itu tiada manfaat mahupun kegunaan. Hatta sehalus pasir sehingga sebesar-besar gunung. Semuanya ada menfaatnya tersendiri.
Allah menciptakan Hawa bagi kaum Adam. Allah menciptakan haiwan dan tumbuhan bagi kegunaan manusia. Allah juga menciptakan matahari menerangi alam ini.
Manusia diciptakan dengan pelbagai kaum dan bangsa. Manusia juga dicipta dengan pelbagai bentuk dan tinggi yang berbeza. Manusia juga diciptakan lelaki dan wanita. Kesemuanya tidak lain bagi mentadbir dunia ini.
Satu perkara yang perlu kita sedar, manusia tiada siapa yang sempurna. Sempurna disini bermaksud tidak pernah membuat sebarang kesilapan. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Amat malang kepada mana-mana manusia yang merasa diri merekalah paling hebat dan agung didunia ini. Sejarah memperlihatkan bagaimana sehebat-hebat manapun Firaun, ia tetap akan menemui ajalnya.
Ia bertambah malang apabila manusia yang lemah ini mengatakan merekalah paling benar dan hebat. Merasa seolah-olah diri mereka sahaja yang benar dan orang lain salah.
Mereka langsung tidak boleh mendengar nasihat dari manusia lain. Seolah-olah merekalah paling hebat dan betul. Orang lain salah dan tidak pandai seperti mereka. Pantang ditegur sedikit,pasti mereka akan melenting.
Bayangkan apabila kita ingin membuat satu program, kita menghadapi orang sebegini. Tambah rumit, kita bukan berhadapan dengan seorang, tetapi beberapa orang yang mempunyai perangai sebegini.
Pasti rumit untuk kita menyelesaikan masalah ini. Sudahlah berhadapan masalah ingin melaksanakan program, ada pula beberapa orang pelaksana program yang bersikap sebegini. Pastinya sukar untuk program itu berlangsung dengan baik.
Bahkan hanya menambah dosa sahaja. Dari kawan akhirnya menjadi musuh. Dari teman seperjuangan menjadi musuh ketat. Sangat rugi apabila perkara ini berlaku.
Seharusnya kita semua bersikap berlapang dada dan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bukan sekadar mengikut emosi kita secara membuta tuli. Fahamilah perasaan orang lain.
Kita semua manusia yang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jadi, kita seharusnya sedar dan cuba mengubah sikap buruk kita itu.
Bayangkan kalau kita ditempat orang lain. Bagaimanakah perasaan diorang dengan sikap kita ini. Sanggupkan kita melihat diorang sekadar berpura baik dihadapan kita namun mencemuh kita dibelakang kita?
0 ulasan:
Post a Comment