Aug 10, 2010

Ahlan wasahlan ya Ramadhan...


Jika dilihat pada umur penulis, sudah 20 kali penulis diberi kesempatan bertemu Ramadhan. Alhamdulillah, tahun ini Ramadhan datang lagi. Bulan yang sangat dinantikan. Dimana sekalian umat Islam mengharapkan kedatangan bulan ini.

Bulan yang diketahui hikmahnya. Bulan yang membuka ruang yang luas untuk hamba Allah memungut segala kebaikan di dalamnya. Dari awal pagi bersahur, berpuasa, kemudian berbuka puasa, sehingga solat terawih, kesemuanya terdapat pahala jika melakukannya. >

Ketika zaman Nabi dahulu, peristiwa-peristiwa penting telah tercatat dalam bulan ini. Peristiwa perang Badar al-kubra contohya. Dimana perang ini merupakan kemenangan pertama umat islam dalam mengahadapi kekeuatan kemusyrikan.

Pembukaan kota Makkah selepas Rasulullah keluar dari Madinah adalah sejarah gemilang yang tercatat dalam bulan ini. Pengahancuran berhala Uzza dan penumbangan berhala Manat antara perkara besar berlaku ketika bulan Ramadhan.

Hakikatnya juga, bulan Ramadhan mendapat kemuliaan dimana terdapat satu malam ganjil yang dinamakan Lailatul Qadar. Malam yang menjadi rebutan kepada sekalian umat islam untuk memperoleh keistimewaan di dalamnya.

Alangkah istimewanya umat islam atas anugerah bulan Ramadhan ini. Dimana kesempatan untuk umat islam melangkah kearah kehidupan yang lebih baik dan diberkati. Bulan yang memberi keinsafan kepada manusia untuk lebih mendekatiNya.

Hayatilah bulan Ramadhan yang hadir kali ini dengan penuh makna dan penghayatan. Barangkali, anugerah Ramadhan seterusnya tidak sampai lagi kepada kita. Selamat berpuasa kepada umat islam seluruh dunia.

1 ulasan:

kasmin said...

selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran. laksanakan tuntutan yang telah difardhukan dan perbanyakkanlah amalan-amalan sunat.

selamat berpuasa! ^^

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan