Aug 5, 2010

Nilai diri anda dari 4 perkara


Empat perkara yang sukar untuk sebilangan manusia lakukan. Pertama, hanya dengan satu perkataan 'sory' atau 'maaf'. Sukar sangat untuk diungkapkan apabila sudah ternyata salah.

Hanya tutup muka dan berlalu begitu sahaja. Paling kurang pun akan tersengih tanda salah. Namun tidak terungkap kata maaf. Paling dahsyat, yang salah masih lagi mempertahankan diri dan menyerang pula orang lain. Cuba kita belajar untuk berkata M.A.A.F.

Kedua, ucapan ' terima kasih'. Lagi satu perkara yang sukar sangat untuk didengar. Ucapan sebagai mengharagai pemberian seseorang. Tidak kira apa sahaja pemberian. Sekadar ungkapan itu sahaja, sudah dapat dinilai sebagai satu penghargaan.

Sudah dibantu namun masih mengungkit kebaikannya. Jika ditegur kesilapannya, mudah pula untuk melenting. Tidak perlu pun untuk membeli hadiah, hanya sekadar dua patah perkataan itu sahaja, TE. RI. MA. KA. SIH.

Tiba yang ketiga, perkataan ini agak istimewa. Bagi yang sedang bercinta mudah untuk ungkapkan ' I Love You'. Tidak pada pasangan yg sudah berumah tangga, perkataan ini menjadi sukar untuk diungkap.

Perkataan ini menjadi lebih sukar untuk seorang anak kepadaseorang ibu atau ayahnya. Sukar untuk kata saya sayang ibu, saya sayang ayah. Bagaimanapun, perlu untuk diungkapkan bagi membina kasih sayang antara keluarga. Seminggu sekali pun cukup untuk kata I LOVE YOU.

Akhirnya, dengan ' May I help you'. Sikap membantu yang sepatutnya menjadi budaya masyarakat dimana-mana sahaja. Malah sikap membantu boleh memberi ketenangan kepada jiwa setiap individu.

Lebih-lebih lagi di tempat-tempat awam. Sukar untuk membantu orang yang tidak dikenali. Bukan sahaja pura-pura tidak perasan, malah melarikan diri apabila nampak orang yang di dalam kesusahan. Jika nampak orang yang dalam keadaan susah sebutlah MAY I HELP YOU?

Walaubagaimanapun, tidak dinafikan masih ada manusia yang prihatin kepada empat perkara ini. Cuma jarang untuk ditemui. Kita sendiri pun perlu untuk bermuhasabah diri.

Jika kita salah segeralah untuk memohon maaf dan bersedia untuk memafkan orang lain. Setiap kali diberi kebaikan kepada kita bersegeralah untuk berterima kasih. Selalulah hidup dalam berkasih sayang dan tolong menolong.

Justeru itu, pada hakikatnya, jangan sesekali kita lupa untuk bermohon ampun kepada Allah. Bersyukur terhadap segala nikmat dan pemberiannya. Sentiasa lebihkan kasih sayang hanya pada Allah dan menunaikan segala haknya.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan