Mari-mari...kita dengar satu cerita...
Kisah dibawah biasa kita lalui atau dengar, namun terdapat beribu pengajaran yang boleh kita ambil. Hanya akal yang tajam mampu mengenal kebaikan.
Tersebutlah al-Kisah...
Seorang pemuda dengan malas menuju ke pasar bagi membeli barangan yang di pinta ibunya. Niatnya satu, hanya ingin membeli barang seperti yang di pesan oleh ibunya dan kemudian balik kerumah segera bagi menyambung semula kerja-kerjanya.
Sambil berjalan, dia merungut keseorangan. Dia merasa sangat berat ingin pergi ke pasar. Tambahan pula, dia baru sahaja sampai ke kampong. Namun, kerana tidak mahu mendengar leteran ibunya, dia menurut sahaja permintaan ibunya itu.
Dalam perjalanan, dia berjumpa sahabat lamanya. Sahabat yang telah mengajarnya erti persabatan yang sebenar. Oh, tidak mungkin dia lupa akan kisah persahabatan mereka. Mulanya mereka bermusuh, akhirnya mereka menjadi teman setia.
Namun, cita-cita memisahkan persahabatan mereka buat sementara. Dan kini mereka bertemu semula dalam pertemuan tidak dijangka. Lama mereka berbual. Kebetulan sahabatnya itu juga mahu menuju jalan yang sama.
Sambil menuju ke pasar, kedua sahabat itu menceritakan pengalaman masing-masing merantau menuntut ilmu di bumi orang. Pelbagai kisah dan pengalaman mereka kongsi. Nyata, mereka semakin menghampiri kearah satu kejayaan dalam hidup mereka.
Sebelum berpisah, mereka bertukar nombor telefon untuk memudahkan perhubungan mereka selepas ini. Ini seterusnya memudahkan mereka berhubung selepas ini.
Melihat masa yang semakin suntuk, sang pemuda tadi segera membeli barang-barang yang dipinta ibunya. Dengan pantas dia membeli barang-barang yang dipinta oleh ibunya.
Dalam perjalanan pulang, dia mendengar ada suara meminta tolong. Dia segera mencari arah suara tersebut dan mendapati seorang pemuda sedang meragut beg seorang nenek tua.
Dia segera mengejar peragut tersebut. Dengan pantas, dia mengejar peragut tersebut sambil menjerit meminta tolong orang ramai. Akhirnya, peragut tadi berjaya di tangkap. Dia segera mengambil beg tadi dan memberi semula kepada nenek tadi.
Dia kemudian segera pulang kerumah takut-takut ibunya bimbang dia yang lewat sampai kerumah. Sampai sahaja dirumah, dia segera memberi ibunya barang-barang yang dipinta.
Dia kemudian menceritakan kisah peragut tadi kepada ibunya. Dengan nada marah, dia kesal dengan sikap masyarakat sekarang yang tidak lagi berhati perut sanggup meragut orang tidak berupaya seperti nenek tadi.
Kemudian dia menceritakan pula pertemuannya dengan sahabat lamanya itu kepada ibunya. Ibunya kemudian menyuruh anaknya itu menjemput kawannya itu kerumah jika berkelapangan. Sudah lama ibunya tidak berjumpa dengan kawannya itu.
Kemudian ibunya menceritakan dia suka dengan akhlak kawannya itu. Begitu menghormati orang-orang yang lebih tua. Anaknya itu tiba-tiba teringat. Dia berasa bersalah sangat mengenangkan sikapnya awal tadi yang merungut ketika ke pasar.
Dia kemudian berfikir, jika tidak kepasar tadi, mustahil ingin berjumpa dengan sahabat baiknya itu. Dan tidak mungkin dia boleh menyelamatkan nenek tadi. Dia berfikir apa yang berlaku tadi sebagai satu hikmah yang menyedarkan dia.
Dia sebagai seorang anak perlu taat dan patuh kepada arahan kedua orang tuanya tanpa banyak soal. Dia kemudian meminta maaf kepada ibunya diatas sikapnya sebentar tadi. Dia merasa menyesal dan berjanji akan mengubah sikapnya itu.
0 ulasan:
Post a Comment