Jul 21, 2010

Retorik Perpaduan?

Isu perpaduan kini hangat diperkatakan. Samada ia sekadar retorik politik mahupun satu kenyataan yang bakal kita lihat satu masa nanti. Hanya masa menentukan segalanya.

Aku berasa sangat tertarik dengan isu ini. Hal ini kerana hampir semua akhbar arus perdana dan media internet memaparkan berita ini. Ia sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan didalam kepalaku ini.

Pertamanya mengapa isu ini tiba-tiba sahaja timbul setelah lebih 50 tahun Malaysia merdeka? Adakah kerana melayu kini betul-betul sudah terancam? Kalau betul terancam, mengapa ia boleh berlaku?

Bukankah sebelum ini Malaysia dipimpin oleh orang melayu sendiri? Adakah pemimpin-pemimpin Melayu kita tidak mampu menjaga bangsanya sendiri walaupun lebih 50 tahun kita merdeka?

Lagipun, kenapa setelah lebih 50 tahun, baru nak bersatu? Nak bekerjasama? Sedangkan sebelum ini kita dapat melihat pelbagai penganiayaan dilakukan sesama bangsa sendiri

Tidak percaya, tanyalah orang Kelantan sendiri bagaimana hak mereka dirampas. Rakyat Selangor dahulu bagaimana kekayaan bumi mereka dinikmati ‘orang-orang’ tertentu sahaja. Masyarakat luar Bandar Johor dirampas tanah mereka. Diroboh tempat perlindungan mereka.

Agak-agak siapalah tergamak melakukan ini semua?

Siapalah mempunyai kuasa untuk melaksanakan semua ini? Mampukah kerajaan negeri melakukan hal ini? Jika mampu, kuasa mereka memang sangat besar!

Keduanya, mengapakah ianya hanya melibatkan kaum melayu sahaja? Salahkah mengajak bangsa lain untuk berbincang sekali? Bukankah tema kita 1Malaysia? Jadi kenapa mahu berbincang isu sempit melibatkan bangsa Melayu sahaja?

Ianya seolah memperkecilkan bangsa lain seterusnya menaikkan api perkauman yang lebih kuat dalam masyarakat Malaysia ini. Maka sia-sialah usaha kita semua untuk menyatu padukan masyarakat Malaysia ini.

Aku suka mendengar kata seorang pemimpin ini, “kita bukan lagi memimpin kaum kita sahaja, tapi kita memimpin masyarakat kesuluruhannya. Dimana didalamnya ada kaum Cina, India dan lain-lain lagi. Mereka juga manusia biasa. Ada perasaan dan hak yang perlu dijaga”

Aku berasa tersentuh mendengar kata-katanya itu. Sangat bernas dan menarik. Aku setuju dengan pendapatnya itu. Ya, inilah politik Malaysia sekarang. Membatasi warna kulit dan agama. Lebih matang dan terkehadapan.

Aku bukan mahu menyebelahi mana-mana pihak, Cuma kalau difikir secara logik, isu ini timbul pada masa-masa tertentu sahaja. Malahan dilihat desakan dari satu pihak sahaja. Sedangkan satu lagi berusaha menafikan walaupun kenyataan mereka diputar belit secara terang-terangan.

Ada yang mengatakan ini perancangan orang tertentu demi kepentingan tertentu. Tidak kurang juga ada yang mengatakan ianya sekadar retorik politik. Sekadar mahu memastikan survivor politik mereka sahaja.

Apapun telahan yang dibuat, aku tetap berpendapat agama mengatasi segalanya. Jika mahu belajar, belajarlah demi menegakkan Islam. Kalau hendak kahwin, kahwinlah kerana mahu menjaga kesucian Islam. Kalau hendak membunuh, bunuhlah kerana hendak pertahankan Islam.

Semuanya kerana Islam. Bukan kerana perkara lain yang hanya bersifat sementara dan tidak kekal. Sangat rapuh dan mudah digoyahkan. Berlainan kerana Islam dan Allah, ianya pasti diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Akhirnya, aku menyokong jika perpaduan dilakukan demi menegakkan Islam. Demi menjaga maruah Islam yang semakin tercalar sekarang. Bergabung dalam mencari penyelesaian masalah masyarakat Islam yang semakin kotor dan jijik ini.

Aku membantah sekeras-kerasnya jika ia sekadar retorik politik. Sekadar mahu menyelamatkan orang-orang tertentu sahaja. Bukan mahu menyelamatkan umat Islam secara amnya.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan