Keghairahan dan keseronokan dalam sukan bola sepak kini menjadi satu fenomena yang galak berkembang. Lihat sahaja piala dunia di Afrika Selatan baru-baru ini, nisbah pengunjung dari luar Afrika mencatatkan kehadiran antara yang tertinggi dalam sejarah kehadiran tertinggi piala dunia.
Malaysia juga tidak terlepas merasakan bahang kehangatan piala dunia ini. Lihat sahajalah di Dataran Merdeka semasa perlawanan akhir piala dunia. Dikatakan kehadiran yang menyaksikan perlawanan itu hampir 60,000 orang! Satu jumlah yang sangat ramai berbanding purata bilang ahli jemaah di masjid.
Di sana sini kita boleh melihat orang membicarakan soal piala dunia. Siri-siri ceramah ustaz-ustaz juga tidak terlepas menyelit unsur piala dunia ini meskipun mereka tidaklah mengetahui secara mendalam mengenai bola sepak ini.
Para peminat pula sanggup bersengkang mata menonton perlawanan pasukan pilihan masing-masing. Tidak kurang juga, ada yang sanggup berhabisan wang ringgit semata-mata menyatakan sokongan pada pasukan pilihan masing-masing.
Disini aku bukanlah ingin mengulas panjang mengenai demam piala dunia ini. Ada sesuatu yang ingin dikongsi bersama para pembaca sekalian. Isu yang ingin aku bawa ialah mengenai pemakaian jersi ataupun pakaian pasukan pilihan masing-masing.
Dalam Islam berpakaian menutup aurat adalah wajib. Manakala budaya pemakaian bergantung pada adat dan budaya masing-masing.
Namun, satu perkara yang sangat jelas, Islam melarang sama sekali kita memakai pakaian yang mengandungi unsur-unsur yang diharamkan. Antaranya pakaian yang mempunyai lambang salib, ada imej arak mahupun judi serta lambang syaitan.
Perkara ini seharusnya jelas bagi kita selaku umat Islam. Perbuatan melanggar syariat ini bakal mengundang padah bahkan mampu menjadikan kita syirik secara tidak kita sedari. Perkara ini harus kita ambil berat kerana melibatkan soal akidah kita.
Perkara ini disebut juga sebagai penjajahan zaman moden. Musuh-musuh Islam secara halus meletakkan unsur-unsur ini bagi menyesatkan akidah umat Islam tanpa disedari umat Islam itu sendiri.
Baru- baru ini, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.
Beliau berkata lagi, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.
Persoalannya, benarkah kita mengagungkan agama lain? Jika tidak, mengapakah kita masih memakai jersi yang mempunyai lambang salib lagi?
Antara jersi yang mempunyai lambang salib atau imej syaitan seperti, Brazil, Portugal, Barcelona, Ac Milan dan Manchester United.
Mungkin kurangnya pendedahan menyebabkan masih ramai umat Islam yang tidak sedar perkara ini berlaku. Mereka menjadi syirik dalam keadaan yang mereka tidak sedari.
Semoga perkara ini dapat dihindari dan diatasi sebaik mungkin. Para Ustaz dan Ulama harus meneruskan memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia mengenai bahaya ini. Semoga penjajahan moden ini disedari oleh semua umat Islam di Malaysia ini
*tidak perlu menggadai agama hanya kerana sebiji bola
1 ulasan:
Ye..betul tu..ramai yang x sedar..main pakai je bj bola tu..
Post a Comment