Jun 20, 2011

Pengalaman Mengalami Kebakaran di Depan Mata

Nukilan ini saya rasakan sangat penting. Meskipun pada asalnya saya tidak berniat mahu menulis kisah berkenaan. Namun akibat terlalu ramai sahabat yang bertanya, saya akan menceritakan serba sedikit kisah yang berlaku berdasarkan pengalaman yang saya dan rakan-rakan yang lain alami sendiri pada masa tersebut.

Kisah Kebakaran

Pada malam khamis, saya bersama beberapa orang sahabat serumah tidur di ruang tamu. Kami dalam 5 orang kesemuanya tidur bersama di ruang tamu tersebut. Seperti biasa, semua lampu di rumah di padamkan bagi menjimatkan elektrik. Maklumlah, tarif elektrik semakin mahal sekarang. So, kenala save bajet kami.

Sedang lena itu, kami semua di kejutkan dengan asap hitam yang tebal dan cahaya merah menyala dari arah belakang. Ianya datang dari arah bilik saya. Saya yang terkejut dari tidur terus memandang ke arah cahaya tersebut.

Ya Allah!! Api sedang marak! Dalam hati ini, tuhan sahaja yang tahu perasaan ketika itu. Melihat bilik sendiri terbakar. Api sangat mara sehingga mustahil bagi kami untuk masuk ke dalam bagi menyelamatkan keadaan. Mujurlah seorang senior berani masuk ke dalam lalu memadamkan api menggunakan air daripada tandas berdekatan.

Tidak sampai 5 minit, api berjaya di padamkan. Saya yang pada mulanya panik, sudah menelefon bomba untuk datang ke rumah. Namun, mujurlah api dapat di padamkan dengan lebih awal.


Sejurus selepas itu, hati ini berasa sangat pilu. Melihat baju-baju sudah hangus di jilat api. Jam menunjukkan sekitar 515 am. Kami semua sepi. Tidak tahu hendak membuat apa-apa. Sejurus selepas solat subuh, kawanku membuat laporan polis.

Tiada Tindakan Daripada Polis

Namun, sehingga artikel ini di tulis, menurut rakanku, tiada tindakan lanjut daripada pihak polis. Mungkin menunggu hari bekerja baru hendak menyiasat agaknya.

Tidak mengapalah, tidak mahu laksanakan tugas menyiasat kami tidak kisah. Kita jumpa di akhirat kelak. Ada mahkamah yang lebih adil menanti kita di situ.

Apapun, berdasarkan pemerhatian kami, ianya di lakukan oleh orang luar. Untuk pengetahuan pembaca, bilik saya merupakan bilik paling belakang. Belakang rumah kami merupakan jalan belakang yang boleh dilalui oleh sesiapa sahaja.

Baju-baju pula memang berdekatan dengan tingkap berkenaan. Kebetulan pada malam itu, ada tuala yang di sangkut pada tingkap. Jadi, si penjenayah telah membakar tuala tersebut dan akhirnya telah membakar baju yang disangkut berdekatan dengan tingkap tersebut.

Kemalangan dan Kerugian

Bila di lihat sekali imbas, mungkin kebakaran ini seolah tiada apa-apa. Namun bagi saya, saya telah satu kemalangan yang sangat meruntunkan jiwa ini. Baju-baju yang berada di rumah itu telah hangus terbakar.

Tiada apa lagi yang tinggal kecuali pakaian yang dipakai semasa tidur. Baju-baju yang lain telah hangus di jilat api. Namun, apa yang lebih menyakitkan adalah apabila melihat kejadian kebakaran itu berlaku di depan mata.

Sehingga ke saat ini, masih terbayang kemarakan api tersebut di fikiran ini selain bunyi api menjilat pakaian-pakaian tersebut. Sangat pilu membayangkan kejadian tersebut.

Hikmah Dalam Diri

Apapun, hidup ini tetap perlu diteruskan. Mengaku atau tidak, kita tetap hamba Allah yang amat lemah dan dhaif. Tanpa bantuan daripada Allah, kita ini tidak mempunyai apa-apa nilai.

Dalam masa yang sama, saya dapat merasa sendiri siapakah kawan sejati dalam hidup ini. Terasa sangat nikmat apabila ada sahabat yang menghulur bantuan kepada kita terutama ketika kita dalam kesusahan.

Akhirnya, kebakaran ini merupakan antara pengalaman paling berharga yang saya perolehi sepanjang hidup saya. Biar apa orang nak kata, tapi hanya kita yang alami situasi tersebut.

3 ulasan:

Diari Si Froggie said...

MasyaAllah..nasib tak ada meragut nyawa.

api memang menakutkan..sekejap je kan dia jilat habis semua..

Cappuccino Lover said...

eh, dasat nye... nasib xde arus letrik skali... sabo je la eh...

Nur Madihah said...

kesiannya..takda kerja btul org y buat khianat tu..

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan