May 25, 2011

No Smoking In This Area!


Ya, begitulah keadaannya di New York. Anda tidak di benarkan merokok di kawasan luar banggunan seperti di taman awam dan pantai. Perintah larangan itu telah dikeluarkan pada 23.5 yang lalu.

Ianya adalah sebahagian daripada kempen gaya hidup sihat yang dipromosikan oleh Datuk Bandar mereka, Michael Bloomberg. Ia merupakan tambahan kepada larangan merokok yang di buat sejak 2003 lalu.

Menurut Pesuruhjaya Kesihatan bandaraya itu, mereka mahu orang ramai menghirup udara yang segar di taman-taman selain selamat daripada ancaman bahan kimia tersebut.

Penulis berasa bangga dengan tindakan tersebut. Tidak ada faedahnya dengan merokok ini. Sudahla membazir duit, malahan merbahaya untuk kesihatan pula. Daripada kita merokok, lebih baik kita mengumpul duit untuk melakukan perkara lain.

Penulis juga ingin mencadangkan agar lebih banyak kawasan larangan bagi merokok. Malahan kalau boleh merokok pada tempat tertentu sahaja. Hadkan peluang mereka mahu merokok.

Ini bukan sahaja dapat menyelamatkan ramai orang, malahan dapat menyelamatkan nyawa perokok itu sendiri.

2 ulasan:

pemuzik jalanan said...

KAnnnnnnnnnnn!
Dapat selamatkan nyawa manusia macam aku yang asyik kena tempias hembusan asap rokok jugak -.-

Diari Si Froggie said...

bila Malaysia pulak nak buat peraturan mcm nie..hihih

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan