May 15, 2011

Parlimen Pakistan Mengecam Pembunuhan Osama, Malaysia?


14 Mei lalu, Parlimen Pakistan telah mengecam tindakan Amerika Syarikat membunuh Osama bin Laden. Anggota kedua-dua dewan Parlimen juga berkata kerajaan harus mengkaji semula hubungan dengan AS demi melindungi kepentingan nasional Pakistan.

“Parlimen... mengecam tindakan unilateral di Abbottabad, yang menceroboh kedaulatan Pakistan,” kata resolusi yang dikeluarkan selepas ketua-ketua keselamatan memberi taklimat kepada anggota perundangan.

Ia juga menggesa agar serangan AS ke atas militan yang dijalankan menggunakan pesawat tanpa juruterbang dihentikan sambil menyeru agar kerajaan negara itu mengkaji semula hubungan dengan Washingtion.

Malah, Parlimen Pakistan juga memberi amaran akan menghentikan sokongan kepada pasukan tentera Amerika di Afghanistan jika ada lagi tindakan sedemikian pada masa depan.

Ketua risikan Pakistan dilaporkan bersedia untuk meletakkan jawatan ekoran hal-hal berkaitan dengan Osama, yang didakwa telah memalukan negara itu dan membawa kepada syak-wasangka bahawa ejen-ejen keselamatan Pakistan sedia mengetahui tempat persembunyian ketua rangkaian Al-Qaeda itu.

Penulis merasa kagum dengan tindakan Parlimen Pakistan ini yang lantang mengecam tindakan Amerika itu. Meskipun berbeza ideologi parti, namun dalam hal yang melibatkan kepentingan negara, mereka bersatu menyatakan bantahan mereka.

Malaysia bagaimana pula? Penulis merasakan ianya tidak akan terjadi. Kedua belah pihak sama sekali tidak akan bersatu jika perkara ini terjadi di Malaysia. Masing-masing akan memberikan pandangan yang berbeza. Apapun ini sekadar pandangan peribadi.

*penulis berharap sangat politik Malaysia akan menjadi matang dan terbuka pada masa akan datang.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan