Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) merupakan satu badan mahasiswa yang diiktiraf oleh pihak pentadbiran universiti. Ia merupakan hasil suara keseluruhan mahasiswa UM yang diterjemahkan dengan keputusan pilihanraya kampus (PRK).
MPMUM pada sesi kali menghadapi masalah sebelum bermula melakukan kerja mereka lagi. Dua orang YB yang dilantik oleh mahasiswa, saudara Tiong dan saudari Masturah telah digantung daripada pembentukan kabinet oleh pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP).
Buat pertama kali dalam mana-mana sejarah pembentukan kabinet MPP, UM mencipta sejarah tersendiri apabila paling lambat memberi watikah perlantikan oleh pihak pentadbiran. Mereka menerima watikah perlantikan setelah hampir 3 bulan memenangi kerusi MPMUM.
Baru-baru ini, MPMUM telah menerima surat kritikan daripada seorang mahasiswa UM yang tidak berpuas hati dengan kerja yang telah dilakukan oleh MPMUM sekarang.
Tenyata ia perkara yang positif kerana ia menunjukkan mahasiswa sekarang sudah peka dalam mempersoalkan isu kebajikan mereka terhadap pihak berwajib.
Apa yang menarik perhatian penulis adalah bagaimana pihak MPMUM yang terbuka menerima kritikan ini. Saudara Syahid selaku YDP di dalam memberi responnya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kritikan tersebut.
Disini serba sedikit pandangan penulis untuk MPMUM sesi kali ini. MPMUM sesi kali ini seharusnya memikirkan bagaimana mahu menjaga kebajikan mahasiswa secara keseluruhan dan bukan bersifat pilih kasih.
Tindakan MPMUM dalam menangani isu pembuangan mahasiswa kolej tiga baru-baru ini ternyata membuktikan kesungguhan mereka dalam menjaga kebajikan mahasiswa. Namun, bukan mahasiswa di kolej sahaja yang perlu dijaga, mahasiswa di luar kampus juga harus dititik beratkan.
MPMUM juga harus memikirkan sebaik mungkin bagaimana mahu menaikkan imej Universiti Malaya ini hingga ia dirasai oleh seluruh masyarakat Malaysia. MPMUM harus keluar daripada kepompong zon selesa mereka selama ini.
Saudara Syahid, selaku YDP MPMUM harus memastikan ahli kabinet MPMUM yang lain melakukan kerja mereka. Jika dilihat kepada sejarah MPMUM yang lepas, ternyata kebanyakkan ahli MPMUM tidak menjalankan kerja mereka.
Perkara ini seharusnya dielakkan daripada awal lagi. Ahli-ahli MPMUM harus menepikan semua sentimen kepartian mereka sebelum ini bagi memberikan khidmat yang terbaik kepada mahasiswa.
Anda dipilih bukan kerana parti anda semata-mata, tetapi anda dipilih kerana kami yakin anda mampu menjaga kebajikan kami semua selain menaikkan imej Universiti Malaya di mata masyarakat.
0 ulasan:
Post a Comment