May 2, 2011

Mahasiswa, Universiti dan AUKU


Universiti ataupun institusi pengajian tinggi merupakan tempat pengumpulan kelompok elit akademik bagi sesebuah Negara. Semakin tinggi nilai universiti itu, semakin tinggi sesebuah negara itu akan dipandang.

Di universiti ini, terdapatnya tiga kelompok penting iaitu kelompok tenaga pengajar yang di panggil pensyarah, satu kelompok lagi di panggil mahasiswa manakala kelompok terakhir di panggil tenaga sokongan ataupun staff.

Ketiga-tiga kelompok ini amat penting terutamanya bagi menjamin sebuah universiti yang baik dan berkualiti tinggi. Akhirnya universiti terbaik ini pastinya akan menerima kemasukan lebih ramai kelompok terbaik di dalam komuniti mereka.

Malaysia, memperlihatkan kelesuan yang amat ketara di universiti-universiti tempatan. Meskipun sudah lebih 50 tahun merdeka, namun tidak banyak graduan yang berkualiti dapat dihasilkan.

Natijahnya, kelompok mahasiswa yang seharusnya menjadi teras kepimpinan negara akhirnya terkulai di tengah jalan. Mereka selepas bergraduasi akhirnya menjadi masyarakat biasa yang seolah tidak pernah mendapat pendidikan di universiti.

Mereka lebih selesa bekerja, berkahwin dan akhirnya merancang kehidupan di hari tua. Tidak langsung berkeinginan hendak membantu meningkatkan nama Malaysia di puncak dunia. Perkara ini sememangnya membingungkan kita semua.

Jika kita lihat di negara asia yang lain seperti Jepun dan Korea, mereka sudah jauh lebih maju berbanding kita meskipun pada satu masa dahulu mereka setaraf dengan kita!

Kini, kita akhirnya jauh ketinggalan di belakang mereka. Malahan kita menghantar mahasiswa kita untuk belajar daripada mereka meskipun di masa lalu kita bersama diorang menuntut ilmu di negara eropah!

Kini, setelah beberapa tahun, mereka sudah bertukar menjadi guru kepada kita pula. Persoalannya, dimanakah silap kita?

AUKU Tidak Releven


Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang di buat dahulu dengan hasrat mahu mahasiswa menjadi lebih berkualiti dilihat tidak mampu melahirkan mahasiswa yang berkualiti seperti mana yang diharapkan.

Tempoh 30 tahun dilihat mengambil masa yang lama. Ia sudah terbukti gagal dalam mencapai hasratnya mahu menjadikan mahasiswa ini lebih berkualiti. Ternyata ia menjadikan mahasiswa ini lebih lesu dan takut untuk berhadapan dengan realiti depan yang lebih mencabar.

Malahan mahasiswa sejak dari itu sudah menjadi semakin lesu dan tidak berdaya terutamanya bagi bersaing dengan mahasiswa daripada negara asia yang lain.

Campurtangan Politik Dalam Kampus


Tidak dapat dinafikan, di Malaysia, campurtangan politik dalam kampus sangat ketara. Baik di peringkat Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.

Di sebabkan kepentingan politik pihak-pihak tertentu, akhirnya kelompok mahasiswa ini menjadi mangsa keadaan. Mahasiswa ini di paksa untuk mengikut kata mereka dengan sesuka hati.

Sesuatu harus dilakukan dengan segera. Kelesuan mahasiswa ini harus di atasi dengan segera. Jangan dibiarkan campur tangan politik menghancurkan masa depan mahasiswa yang bakal menjadi tonggak negara

Kesimpulan

Malaysia sudah merdeka lebih daripada 50 tahun. Namun, apa yang dikecapi tidak menggambarkan tempoh kemerdekaan tersebut. Cukuplah kita melihat nasib mahasiswa di negara kita ini bagaimana.


SUDAHLAH! Mahasiswa sudah muak dengan semua ini. Kami sudah cukup matang untuk menentukan jalan kami. Kami bukan lagi anak-anak yang boleh di permainkan. Kami adalah anak muda yang bebas memilih haluan kami sendiri.

Kami sayangkan Malaysia ini. Kami tidak sanggup melihat Malaysia ini menjadi hancur disebabkan kerakusan generasi atas dalam mencapai agenda politik sempit masing-masing.

Tunggulah kebangkitan anak muda tidak lama lagi!

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan