Pagi-pagi lagi seperti biasa saya akan membuka laptop menghadap internet bagi melihat perkembangan yang berlaku sekarang. Tidak lagi perlu keluar membeli surat khabar seperti dulu-dulu lagi.
Maklumlah, dunia hari ini sudah semakin canggih. Bak kata orang moden sekarang, dunia berada di hujung jari. Nak tau apa, klik sahaja pada papan kekunci, pasti akan bertemu jawapannya.
Seperti biasa, saya akan melihat beberapa laman portal berita seperti Berita Harian online, Harian Metro, Malaysiakini dan Malaysian Insider.
Bukan apa, bila buka banyak web ini, pelbagai pandangan dan pendapat dapat kita ketahui. Lagipun seronok bila membaca berita semasa terutamanya yang berlaku di Malaysia ini.
Pelbagai kisah yang lucu dan pelik dan hanya boleh didapati di akhbar Malaysia ini. Tidak perlu susah-susah tengok Maharaja Lawak yang tidak mampu membuat lawak ‘live’ seperti realiti yang berlaku di Malaysia kini.
Kenapa saya berkata demikian? Berikut beberapa perkara yang saya fikirkan pelik dan ingin dikongsikan dengan para pembaca sekalian.
Boleh bayangkan bagaimana penayang cerita lucah di jaga oleh pihak polis bagi membolehkan mereka melakukan sumpah yang mereka sendiri ingin lakukan.
Padahal mereka adalah orang yang dikira merbahaya dan perlu ditahan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Ini mereka dijaga oleh Polis pula. Sangat pelik bukan?
Jika ini masih belum lagi pelik, mari kita lihat bagaimana si penayang ini boleh pula menyuruh kawan seangkatannya itu mengangkat sumpah untuk beliau! Sangat menarik! Pastinya Imam Besar Masjid Mekah pening bila membaca cerita ini.
Aduh! Pelik tapi Benar! Hanya boleh berada di Malaysia sahaja. Negara lain tidak ada. Tidak percaya carilah sendiri.
Seterusnya marilah kita lihat realiti media pada masa kini. Bersahaja meletakkan gambar sedutan daripada klip video lucah tanpa memikirkan kesannya kepada masyarakat.
Malaysia ini jika menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah sebuah Negara Islam. Namun apa yang berlaku, tidak mencerminkan perkara tersebut.
Tidak kiralah jika ia dikatakan hak media tersebut hendak menayangkan berita tersebut. Cuma apabila ia menyentuh sensitiviti agama, perkara ini haruslah dielakkan.
Bimbang-bimbang perkara ini boleh menyebabkan keruntuhan akhlak yang lebih teruk di Malaysia ini. Sudah-sudahlah masalah diluar sana yang sememangnya bernanah, ingin ditambah lagi dengan cerita sebegini hanya beralasankan ingin mencari kebenaran! Sangat menjijikkan!
Seterusnya kita lihat bagaimana seorang pemerintah boleh menyuruh lawannya membuat kenyataan sedangkan selama ini lawannya itu apabila membuat kenyataan tidak pernah keluar didalam media arus perdana!
Malahan kenyataannya itu diputar belit oleh pihak media tertentu! Jadi, saya sendiri secara fitrahnya pasti tidak akan membuat kenyataan. Lebih baik melakukan perkara lain yang lebih baik dan menyampaikannya sendiri kepada masyarakat.
Itu lebih baik daripada membuat kenyataan di media yang telah dikawal oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka sahaja. Terus sampai kepada rakyat tanpa di manipulasi oleh pihak tertentu.
Letih dah berceloteh. Apapun ini pandangan peribadi penulis. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Nak tutup dengan sedikit kata-kata. Allah telah kurniakan kita akal untuk kita berfikir. Jangan sia-siakan akal tersebut bimbang di manipulasi oleh pihak tertentu.
Percayalah kebenaran pasti akan muncul. Sama ada cepat ataupun lambat sahaja. Kritikan bukan bermaksud membenci, tapi hanya ingin menuntut satu perubahan yang membawa kebaikan kepada kita semua. Insyallah.
Amaran yang baca !!!
12 years ago
1 ulasan:
Dunia punya pasal :P
Post a Comment