Apr 27, 2011

Jom Saksikan Real Vs Barca


Pertembungan Dua Gergasi

Malam ini merupakan malam buat semua peminat sukan bola sepak. Kita semua akan menyaksikan pertembungan dua gergasi Sepanyol iaitu Real Madrid dan Barcelona.

Pertembungan dua gergasi ini dijangka menarik dan hangat. Pastinya aksi lincah dua pemain bintang daripada setiap pasukan di tagih. Kelincahan Messi menggelecek dan ketangkasan Ronaldo mencipta gol pastinya menggamit peminat bola sepak seluruh dunia.

Kenapa Pertembungan Ini Penting?

Pastinya pertembungan ini melibatkan dua jurulatih yang sedang hangat diperkatakan kini. Jose Mourinho dan Pep Guardiola, dua jurulatih yang mempunyai banyak koleksi trofi dan medal di kabinet pejabat mereka bakal mencongak strategi terbaik dalam menghadapi antara satu sama lain.

Mourinho yang terkenal dengan strategi lakukan apa sahaja asal menang pastinya akan menyusun strategi baik bagi membolehkan mereka mendapat kemenangan keatas lawan mereka.

Guardiola yang terkenal dengan taktikal menyerangnya pasti akan berhati-hati dalam menghadapi strategi sulit daripada Murinho itu. Kekalahan dalam piala super Sepanyol lalu pastinya akan menjadi pengajaran penting bagi Guardiola.

Pertembungan Pemain


Pertembungan Messi dan Ronaldo pastinya menjadi bualan semasa peminat bola sepak seluruh dunia. Namun jangan dilupakan pertembungan pemain lain yang dilihat sama penting dalam pertembnungan dua gergasi Sepanyol ini.

Penentuan antara Valdes dan Casillas tentang siapakah Penjaga Gol terbaik Sepanyol pastinya mencuri tumpuan. Pertembungan ini pastinya dapat melihatkan aksi menyelamat terbaik oleh kedua-dua penjaga gol tersebut.

Selain itu, pertembungan pemain tengah pastinya menarik. Kehebatan Xavi dalam ketepatan menghantar bola dan kelincahan Inesta meloloskan diri daripada kawalan benteng musuh pastinya menggerunkan musuh.

Namun, jangan dilupa kepada kehebatan Alonso menghantar bola jauh dan kelincahan Kaka dalam membawa bola ke kotak penalti. Pastinya ia akan menyaksikan pertembungan sengit di kawasan tengah padang.

Rumusan

Pertembungan kedua gergasi ini pastinya menjanjikan sesuatu. Namun, akhirnya salah seorang akan tersungkur daripada pertembungan ini. Hanya yang hebat dalam merancang dan bernasib baik akan memenangi pertembungan ini.

Jadi, kepada semua peminat, usah menunggu keputusan sahaja. Marilah kita menyaksikan pertembungan dua gergasi ini. Usah lepaskan peluang menyaksikan pertembungan menarik ini :)

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan