Apr 24, 2011

Bicara Seorang Presiden


Terima Kasih Semua Ahli PERMAS

Tanggal 18 haribulan April lepas, saya telah ditaklifkan menjawat jawatan sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMAS). Suatu jawatan yang saya kira amat besar untuk dipegang selaku mahasiswa di Universiti Malaya (UM).

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi kepercayaan kepada saya bersama sahabat Majlis Tertinggi yang lain untuk memimpin persatuan yang amat besar dan hebat ini.

PERMAS UM

PERMAS UM merupakan satu persatuan yang aktif di antara persatuan yang besar di UM. Ia juga mempunyai bilangan anggota melebihi 300 orang ahli! Saya kira ianya amat ramai sekali bagi sesebuah persatuan anak negeri di UM.

PERMAS seperti yang kita ketahui merupakan persatuan anak negeri yang dianggotai kebanyakkannya daripada anak negeri Selangor. Namun ia juga boleh dianggotai oleh mana-mana mahasiswa lain yang mahu turut serta dalam persatuan ini.

Harapan Daripada Hati

Di kesempatan ini, saya amat berharap agar semua ahli PERMAS dapat bersama-sama kami dalam meneruskan kegemilangan PERMAS di UM ini. Ketahuilah tanpa sokongan kalian, kami diperingkat MT dan barisan EXCO tidak dapat melakukan apa-apa.

Kalian adalah tunjang yang akan membantu kami dalam menaikkan lagi nama PERMAS di UM ini. Bahkan tidak mustahil juga kita mampu menaikkan nama PERMAS ini dperingkat yang lebih tinggi lagi.
Akhir Kalam

Untuk akhirnya, saya amat berharap kalian semua dapat menegur kami di peringkat barisan kepimpinan jika kami ada melakukan kesalahan sama ada secara sedar atau tidak. Kami semua hanyalah manusia biasa yang punya banyak kelemahan dan kekurangan.

Kalianlah yang akan menegur kami untuk kami menjadi lebih baik dan berubah menjadi lebih baik pada masa akan datang.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan