Mar 30, 2011

Mufti Perak : POCO-POCO HARAM!!


Ya, poco-poco telah diHARAMkan di Perak.

Ia merujuk kepada surat pekeliling yang dikeluarkan oleh mufti perak, Tan Sri Dato’ Seri Harunsani melalui Jabatan mufti negeri Perak. Ia dikeluarkan berdasarkan hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke 186.

Hasil keputusan mesyuarat itu berkenaan tarian atau senaman poco-poco mengesahkan bahawa tarian poco-poco itu diharamkan di negeri Perak. Ia berdasarkan hasil pengkajian pakar yang mengaitkan tarian poco-poco tersebut dengan kepercayaan agama iaitu memuja roh.

Hasil kajian mendapati ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama kristian. Ianya jelas bertentangan dengan agama Islam yang menentang unsur agama lain dalam aktiviti seharian umat Islam.



Manakala menurut kajian lain mendapati sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya daripada Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.

Ini boleh kita lihat secara jelas bagaimana pergerakannya yang membentuk salib. Mungkin kita tidak perasan kerana kita suka mengikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa.

Beginilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu. Ia seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.


Jadi jelas disini bahawa poco-poco ini haram dilakukan berdasarkan kajian yang telah dilakukan. Terpulang pada anda semua untuk menilai sendiri perkara ini.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan