Wahai Umat Islam!! Sedarlah kalian!!Kali ini kita telah dicabar sekali lagi oleh musuh-musuh Islam. Kali ini kita telah dihina sekali lagi secara terang-terangan. Kali ini kita telah dipijak dengan penuh kehinaan di muka kita.
Al-Quran kitab pedoman kita telah dibakar oleh para paderi Amerika Syarikat yang diketuai oleh Terry Jones dan dilakukan oleh Wayne Sapp di gereja mereka.
Menurut Terry Jones, al-Quran didapati bersalah dan telah menyebabkan berlaku jenayah tertentu. Pembakaran itu dilakukan oleh paderi Wayne Sapp di bawah pengawasan Jones.
Rancangan mereka sebelum ini telah mencetuskan bantahan terhadap rancangan untuk membakar al-Quran sempena sambutan memperingati serangan 11 September 2001 (9/11).
Upacara membakar itu dilakukan selepas sesi penghakiman hanya lapan minit sebelum memutuskan kononnya al-Quran didapati bersalah dan dihukum.
Kitab (Al-Quran) itu direndam dalam minyak tanah selama sejam dan diletakkan dalam dulang besi di tengah-tengah gereja itu sebelum Sapp menyalakan api dengan pemetik api barbeku. Kitab itu di bakar selama 10 minit sementara penonton mengambil gambar.
Sebelum ini, Jones dikutuk hebat banyak pihak termasuk Presiden Barack Obama, Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton dan Setiausaha Pertahanan, Robert Gates berhubung rancangannya membakar kitab suci Islam pada September lalu.
Akibat desakan banyak pihak, dia tidak meneruskan rancangannya dan berikrar tidak akan melakukannya sebelum menyatakan dia sudah buat keputusan.
Namun kali ini Jones berkata, dia sudah memberi dunia Muslim peluang untuk mempertahankan kitab itu tetapi tidak mendapat maklum balas.
Paderi itu merasakan beliau tidak dapat menjalankan perbicaraan sebenar tanpa hukuman sebenar. Upacara itu dibuka pada orang ramai dan hampir 30 orang menyertainya.
Perbuatan jahat mereka ini sememangnya mencetuskan kemarahan jutaan penganut agama Islam di seluruh dunia. Malahan tidak mustahil bakal mencetuskan ketegangan antara agama.
Penulis menyelar tindakan mereka dan menyeru kepada semua umat Islam untuk bangkit menentang tindakan jenayah tersebut.
Sampai bila lagi kita mahu diperbodohkan sedemikian? Kita adalah umat terpilih. Kita adalah umat Muhammad. Umat akhir zaman yang akan terus berjuang menegakkan syiar Islam.
Ayuh bangkit!!
4 ulasan:
Aiseyh, kuwangjaq gila si Jones tu.. Tp pebuatan dia tu sia2 lah.. dia ingat kat dunia ni ada satu je ke alquran? satu dia bakaq, sepuluh lagi boleh dicetakla.. HAHA
MySuaraBlog: Tidur Siang Itu Bagus
Al-quran menyebabkan berlaku jenayah ? ngarut betul..
saja cari gaduh la ni
Al-quran menyebabkan berlaku jenayah ? ngarut betul..
saja cari gaduh la ni
bakar senaskah Al-Quran x bermakna akan berenti sorang daripada membacanya..macam ZWAN SABRI kata..satu bakar 10 lg kita cetak.. :)
Regards,
-Strider-
Post a Comment