Mar 16, 2011

Membaca di Tandas, Apa Pandangan Anda?


Mengejutkan! Satu kajian yang dilakukan oleh Imperial Cancer Research Fund (ICRF) mendapati empat daripada 10 orang mempunyai tabiat membaca di dalam tandas.

Bagi sesetengah orang, apabila mendengar sahaja perkataan tandas atau jamban, ia akan merasa loya dan tidak berselera terutamanya apabila sedang menghadap makanan.

Namun, jika melihat kembali kepada kajian diatas, masih ada segelintir manusia yang tidak merasa apa-apa apabila membaca ditempat itu. Malahan mereka mendakwa disitu lebih aman dan tenteram.

Hakikatnya, semua orang gemar membaca di tandas. Cuma bezanya adalah jenis bahan bacaan yang dibaca selain daripada faktor-faktor lain.

Menurut ICRF, ia menyatakan akhbar adalah bahan bacaan yang paling popular. Kemudian diikuti oleh kolum isu semasa dan majalah.

Persoalan disini, adakah membaca di tandas itu sesuatu yang baik ataupun sebaliknya? Adakah ia satu aktiviti yang bermanfaat ataupun ia satu aktiviti yang membawa mudarat?

Menurut satu kajian kesihatan, ia mendapat bahawa membaca di tandas satu perkara yang tidak baik dan mendatangkan masalah kepada kesihatan terutamanya usus kita.

Pembaca yang tegar biasanya membaca paling minimum 5 minit dalam satu-satu masa. Jika kita melihat aspek kesihatan, jika pergerakan usus untuk membuang tinja mengambil masa lebih dari 5 minit, maka ia akan memberi kesan kepada usus kita.

Ia bermakna mungkin seseorang itu mengalami masalah pada sistem vena di kawasan perianal. Jika ada masalah sedemikin, segeralah berjumpa doktor. Dibimbangi anda menghidap penyakit buasir.

Secara logiknya, setiap orang menghabiskan masa kurang dari tiga tahun daripada sepanjang hayatnya di atas mangkuk tandas. Jadi, tidak hairanlah jika ada yang menghabiskan masanya itu dengan membaca.

Pokoknya, membacalah dimana sahaja anda berada pada setiap detik dan setiap ketika

2 ulasan:

Anonymous said...

slm..

cikgu akk dlu kate, "tabiat" ni akn mnjadi lebih "kritikal" menjelangnya musim final exam..huhu~ memanfaatkan masa yg ade la konon2nye..hehe

ain humairah said...

slm..

cikgu akk dlu kate, "tabiat" ni akn mnjadi lebih "kritikal" menjelangnya musim final exam..huhu~ memanfaatkan masa yg ade la konon2nye..hehe

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan