Sejarah sering diabaikan oleh kebanyakan manusia zaman sekarang. Ianya dikatakan sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi sama dengan keadaan zaman sekarang. Ianya sekadar dijadikan subjek pengajian semata-mata mahu mendapat sijil pengajian.
Namun, sedar atau tidak sebenarnya sejarahlah yang sering mengajar kita menjadi lebih baik dan bijak dalam membuat keputusan. Kerana sejarah sudah menunjukkan perkara yang akan terjadi.
Disini saya berasa tertarik mahu berkongsi kisah mengenai perang Khandak yang berlangsung semasa era kemunculan awal Islam di Bumi ini. Sedar atau tidak, perang Khandak ini merupakan antara perang terpenting dalam sejarah perkembangan Islam.
Perang Khandak ini berlaku pada tahun keenam Hijrah pada bulan Syawal. Perang ini dinamakan perang Ahzab kerana ia merupakan gabungan tentera kufar yang bergabung mahu menghancurkan Islam dari muka bumi ini.
Pada masa itu, tentera Ahzab amat ramai berbanding tentera muslimin. Malahan dikatakan melampaui dari jumlah penduduk Madinah yang ada pada masa tersebut.
Dinamakan pula dengan nama Khandak sempena mengambil dari strategi perang kaum Muslimin yang menggunakan parit bagi menghalang kemaraan tentera Ahzab dari memasuki kota Madinah.
Tambah menarik lagi, idea ini datangnya dari seorang insan bukan arab. Ternyata ideanya itu akhirnya menjadi penyelamat kepada umat Islam. Malah lebih penting ia menggambarkan keterbukaan Islam dalam merancang strategi dalam berperang.
Perang khandak ini juga merupakan antara perang yang paling sedikit korbannya. Ini juga mengambarkan kehebatan Rasulullah dalam merancang strategi perang dengan mengorbankan sedikit tentera.
Perang Khandak juga memberi kesan yang amat besar dalam dakwah Islam. Ia juga membersihkan Madinah daripada orang yahudi yang ada pada masa itu.
Selain itu, kehadiran Nu'aim selaku pemecah belah tentera musuh amat penting dalam memastikan kelancaran strategi yang telah direncanakan. Peranan Nu'aim itu amat menarik untuk dikaji dan dipelajari.
Akhirnya, bantuan daripada Allah SWT membantu kaum muslimin dalam menghadapi musuh mereka. Kehadiran angin kencang sangat membantu kaum muslimin.
Amaran yang baca !!!
12 years ago
0 ulasan:
Post a Comment