Mar 27, 2011

Demi Politik, Apa Sahaja Halal?


Politik adalah kuasa. Ia bermakna sesiapa sahaja yang hebat dalam berpolitik, maka mereka ini mampu mempunyai kuasa yang sangat besar.

Kuasa apa dan bagaimana? Secara mudahnya mereka akan diberi kuasa untuk memerintah dan mentadbir. Mereka boleh membuat keputusan dan melaksanakan dasar mengikut kehendak mereka.

Ya, inilah realiti masyarakat masa kini. Kalau inginkan kuasa dengan mudah dan segera, ia perlu menggunakan politik untuk memperolehi kuasa yang diidamkan.

Bunyi semacam politik ini kotor, namun ia tidaklah seteruk mana seperti yang difikirkan. Sebenarnya perkara ini harus dilihat dengan lebih luas lagi. Jangan dipandang secara negatif sahaja.

Melalui politik ini, kita mampu menyelamatkan negara kita dari terus dikuasai oleh anasir jahat. Melalui politik ini juga kita boleh menyelamatkan bangsa kita, keluarga kita malahan lebih penting lagi kita boleh menyelamatkan agama kita dari terus ditindas!

Penulis tidak mahu menerangkan secara terperinci mengenai kepentingan politik dan kuasa ini. Cuma apa yang penulis ingin persoalkan disini adakah untuk mencapai politik ini, apa sahaja cara halal digunakan?


Falsafah ini adalah falsafah Machiavelli yang boleh kita lihat secara terperinci dalam bukunya The Prince (Penguasa). Matlamat menghalalkan cara.

Dalam buku ini, Machiavelli menceritakan pelbagai cara untuk mencapai matlamat tanpa mengira sama ada perkara itu secara baik mahupun tidak.

Bukunya itu telah menjadi rujukan ramai orang terutamanya pemerintah ataupun ketua puak-puak tertentu bagi mencapai agenda mereka. Ia seterusnya menjadi rujukan sehingga zaman kini.

Namun, adakah perkara ini betul dan dibolehkan?

Islam sendiri secara jelas tidak membenarkan perkara ini. Islam telah meletakkan dasar dan syariat yang perlu kita ikut dan patuhi.

Rasulullah sendiri ketika mahu menyebarkan dakwah dan menguasai Mekah, sangat berhemah dan bersabar dalam menghadapi karenah musuhnya.

Jikalau tidak, sudah lama Rasulullah berdoa kepada Allah SWT untuk menjadikan semua insan ini memeluk Islam. Namun memikirkan hikmah yang lebih besar,

Rasulullah berdakwah dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan. Akhirnya Islam tersebar hampir 2/3 di seluruh dunia. Ini satu kejadian yang penuh fanemona.

Isu Politik Malaysia

Isu panas berkaitan video seks seharusnya membuka mata kita semua betapa jahat dan kejamnya politik di Malaysia ini. Demi mencapai matlamat, maka politik kelambu dimainkan.

Tanpa memikirkan maruah mana-mana individu, video tersebut dipertontonkan. Malahan dijadikan isu untuk memburukkan individu tertentu.

Rakyat sememangnya muak dan jelik dengan isu seperti ini. Adakah terdesak sangat mahukan kuasa sampai pelbagai cara digunakan untuk menjatuhkan pihak lawan?

Ingatlah! Kebenaran akhirnya akan diketahui juga. Janganlah akibat terlalu taksub, maka politik jahat digunakan. Ia sangat memualkan. Sekaligus menyebabkan rakyat menjadi lebih marah dan jijik dengan cara tersebut.

Ingatlah wahai semua umat manusia!

Islam tidak pernah meletakkan halal bagi melakukan apa sahaja yang kita inginkan demi mencapai keinginan kita. Ianya jelas bertentangan dan dilarang!

1 ulasan:

Amazing Life and Music said...

Manusia pada umumnya gila harta tahta dan wanita. Tahta=kekuasaan di dalam dunia dunia politik yang sering menghalalkan segala cara. Ini hari kawan besok bisa jadi lawan

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan