Kemenangan terbaru Barisan Nasional di Merlimau dan Kerdau sememangnya memberi tamparan kepada Pakatan Rakyat umumnya dan PAS khususnya.
Kemenangan dengan majoriti besar ini sememangnya memberi keyakinan kepada BN untuk menghadapi pilihanraya umum pada masa akan datang.
Apa yang membanggakan, kemenangan besar ini di bantu oleh ramai pengundi muda yang dilihat semakin bijak dalam berfikir dan memilih parti yang terbaik kepada mereka.
Pada pandangan saya, kempen BN dilihat semakin bijak dan menarik serta mengikut arus perkembangan semasa. Ia sekaligus menarik perhatian para pengundi terutamanya pengundi muda yang sentiasa mengikut arus perkembangan semasa.
PAS dilihat semakin ketinggalan dalam berkempen selain mengharap kepada orang luar untuk memantapkan operasi kempen mereka. Ini sekaligus menyebabkan para pengundi semakin jauh dengan PAS itu sendiri.
Apapun pilihanraya ini dilihat mencerminkan suasana sebenar pilihanraya umum akan datang. Apa yang pasti ia akan menjadi tonik kepada kedua-dua belah pihak untuk membuat yang terbaik kepada pengundi untuk mengundi mereka.
Saya sendiri selaku anak muda merasa ghairah untuk menyertai pilihanraya akan datang bagi memilih pimpinan yang terbaik untuk memimpin Negara.
0 ulasan:
Post a Comment