Mar 20, 2011

Sakit Mental Bakal Jadi Penyakit Paling Merbahaya?


Menurut pakar sedunia, penyakit mental atau gila dijangka bakal tersenarai di tangga kedua penyakit tertinggi di dunia. Serangan penyakit mental ini dijangka bakal berada di bawah penyakit jantung koronari menjelang tahun 2020.

Malaysia juga tidak terlepas dari masalah kepada peningkatan penyakit mental dalam kalangan rakyat di negara ini. Malahan, dikhuatiri ia boleh merebak lebih awal daripada itu.

Malaysia mencatatkan 1:5 daripada rakyat malaysia boleh menjadi gila jika mereka mengalami masalah mental serta tidak mendapatkan rawatan awal.

Melihat kepada Hasil Kaji Selidik Kesihatan dan morbiditi Kebangsaan ke-3, jumlah rakyat Malaysia yang mengalami masalah gangguan mental semakin meningkat berbanding tahun-tahun lepas.

Menurut sumber lain, masalah kemurungan menjadi punca utama kepada penyakit ini. Kira-kira 3 juta rakyat Malaysia yang mengalami masalah kesihatan mental berpotensi untuk menghidap penyakit mental atau gila disebabkan kemurungan yang dialami mereka.

Penyakit ini lebih banyak berlaku pada kaum wanita pada kadar 12.1% berbanding kaum lelaki 10.4%. Jika dillihat kepada kadar peningkatan kes keganasan pada kaum wanita maka tidak hairan wanita menjadi mangsa peningkatan penyakit mental ini.

Kebimbangan kepada peningkatan gejala pembunuhan dan bunuh diri yang berlaku di negara ini sebahagian besarnya berpunca kepada masalah mental individu.

Mengejutkan apabila kajian menunjukkan peningkatan jumlah kes bunuh diri tinggi pada 1 kematian dalam setiap 40 saat!

Disini saya menyeru kepada rakyat Malaysia supaya mengambil perhatian yang serius kepada penyakit ini. Jangan dipandang enteng isu ini. Ia bakal mengundang bencana kepada kita kelak.

Justeru, rawatan awal terhadap masalah mental dan kemurungan amat penting bagi mengelakkan kesan yang serius pada peningkatan kadar penyakit ini.

Akhirnya, saya merasakan setiap individu berperanan untuk mencegah penyakit ini daripada terus menular kepada diri mereka sendiri. Janganlah terhantuk baru hendak mengadah!

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan