Media massa merupakan medium perhubungan maklumat dalam sesebuah negara. Ia akan memberikan maklumat kepada para pembacanya mengenai isu-isu yang berlaku disekeliling kita.
Malahan kini, dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih, ia sudah bersifat lebih global. Merentasi sempadan dunia kini. Semuanya hanya perlu di ‘klik’ pada hujung jari. Sangat mudah dan mesra pengguna.
Namun, apa dikesali di Malaysia ini, terdapat pengawalan yang ketat terhadap media sehingga ia bersifat berat sebelah. Hatta tujuan penubuhannya juga adalah bagi menyokong pihak tertentu sahaja.
Pastinya ia sangat tidak adil bagi pihak tertentu yang menjadi ‘mangsa bahan’ bagi media tersebut. Tambahan pula, pihak tersebut tidak mendapat medium sewajarnya dalam membalas kritikan yang telah dilemparkan terhadapnya.
Pastinya perkara ini tidak seharusnya berlaku. Malaysia sebagai sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi seharusnya menjadi lebih bebas dalam pengamalan medianya. Sebarang unsur berat sebelah seharusnya dielakkan malahan kalau mampu, dihapuskan sama sekali.
Kongkongan media ini bukan sahaja terjadi di Malaysia, malahan negara-negara luar juga terjadi perkara yang sama. Berita yang dilaporkan kelihatan sangat berat sebelah.
Kebebasan media seharusnya diamalkan dimana-mana Negara. Hal ini bagi menjamin keadilan hak individu dan hak masyarakat dalam menerima berita yang sebenar.
Media di Indonesia sendiri memperlihatkan kebebasan mereka dalam melaporkan berita mereka. Mereka hanya akan melaporkan berita yang diingini oleh rakyat mereka sahaja tanpa terikat dengan mana-mana pihak.
Ianya memperlihatkan semangat keadilan yang amat tinggi. Ia seterusnya membantu rakyat di negara teramai umat Islam itu mendapat maklumat sebenar daripada media mereka.
Janganlah disebabkan nafsu semata-mata, berita yang dilaporkan berbaur fitnah dan menyebabkan satu pihak lagi menanggung malu tanpa mendapat tempat untuk menjawab tuduhan yang dikenakan keatas mereka.
0 ulasan:
Post a Comment