May 18, 2011

Anak muda akan mengetuai politik Malaysia!


Anak muda merupakan satu kelompok manusia yang berada pada usia muda yang sangat segar dalam menggerakkan sesuatu gerakan. Ini kerana pandangan dan akal fikirannya yang gelojoh dan rakus dalam melakukan sesuatu perkara.

Tidak dinafikan anak muda ini masih hijau dan mentah, namun sejarah telah membuktikan sebaliknya. Golongan anak muda inilah yang telah menjadi ejen perubahan kepada sesebuah masyarakat itu.

Kita boleh melihat sendiri bagaimana keupayaan Sultan Muhammad al-Fateh membuka kota Konstantinopel pada usia yang sangat muda. Umur bagina belum sampai 25 tahun lagipun!

Seterusnya kita boleh melihat secara jelas mengenai kisah kebangkitan anak-anak muda lain yang begitu bersemangat memperjuangkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan di negara mereka masing-masing.

Persoalannya, adakah tiada di Malaysia ini satu kumpulan ataupun kelompok mahasiswa yang sanggup berlipat seluar, menyinsing tangan sanggup turun memperjuangkan hak masyarakat yang kian tertindas?

Sanggupkah golongan in? itu lontaran yang saya kira kita semua fikirkan kembali.

Anak muda bukan lembu yang boleh dicucuk hidungnya dan di bawa kemana sahaja mengikut kemahuan tuan dia?

Ataupun anak muda ini merupakan golongan yang eksklusif sehingga tiada siapa yang boleh menegurnya dan memberikannya pandangan berbeza?

Semua persoalan yang dilontarkan ini tidak lain dan tidak bukan untuk pembaca ,menilai semula apakah peranan paling besar bagi seseorang anak muda itu?

Tidak dinafikan, di Malaysia ini, sistem pendidikannya amat berbeza dan dilihat amat ketara terutamanya jika hendak dibandingkan dengan negara lain. Perkara ini amat menyedihkan.

Namun, kita tetap optimis bahawa anak muda ini akan bangkit menentang kejahatan dan kebatilan. Kami sama sekali tidak akan mudah menyerah kalah dalam perjuangan terutamanya bagi menyelamatkan Malaysia yang sangat kotor ini.

Politik murahan telah digunakan. Akhirnya yang menjadi masalah adalah rakyat itu sendiri.
Justeru, disini saya ingin mengajak anda semua wahai golongan pemuda-pemudi untuk kita bangkit dan bangun menentang penindasan terhadap masyarakat Selangor.

*anak muda ejen perubahan :D

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan