Jul 11, 2011

Catatan 9 Julai


Perhimpunan BERSIH di ibu kota Sabtu lalu ternyata telah memberi satu impak yang amat besar di dalam Malaysia. Malahan tidak ragu-ragu lagi apabila ingin dikatakan ianya telah mendapat liputan daripada masyarakat di luar negara.

Perhimpunan yang mengumpulkan ribuan rakyat Malaysia itu ternyata mendapat perhatian semua pihak. Buat pertama kalinya di dalam sejarah Malaysia, Yang DiPertuan Agong Malaysia memberi respon di dalam hal seperti ini.

Ternyata, BERSIH 2.0 kali ini diberi perhatian yang lebih khusus berbanding BERSIH yang diadakan pada 2007 lepas. Dua minggu sebelum 9 Julai, jentera kerajaan mahupun pihak lawan melalui media massa dan akhbar arus perdana telah memberi tumpuan khusus mengenai perkembangan yang berlaku mengenai perhimpunan BERSIH ini.

Pihak polis telah dikerahkan sepenuhnya bagi menjaga ibu kota daripada berlakunya perhimpunan ini. Kuala Lumpur pada ketika itu telah menjadi sangat lengang dan sunyi sepi.

Di sebalik semua yang berlaku pada perhimpunan 9 Julaitersebut, ternyata ianya telah memberi satu petanda yang sangat jelas. Tsunami politik yang berlaku pada PRU-12 lalu masih berdarah di dalam hati rakyat Malaysia.

Meskipun hal ini dinafikan oleh beberapa penganalisis politik di media perdana, namun hal ini tidak boleh dipandang sebelah mata oleh kita semua. Jika kita turun kepada masyarakat terutamanya di desa dan Bandar, ternyata terdapat isyarat yang jelas bahawa rakyat kini inginkan perubahan.

Perubahan bagaimana? Perubahan yang meletakkan rakyat di hadapan. Perubahan yang mengakasa rayakan hak rakyat di Malaysia. Bukan sekadar berjanji manis namun tiada apa-apa.

Akhirnya, semoga perhimpunan 9 Julai lalu merubah Malaysia menjadikan pemimpin kerajaannya lebih sayangkan rakyat berbanding sayangkn diri sendiri!

1 ulasan:

khadamgerakanislam.blogspot.com said...

GELOMBANG MERAH di Thailand telah mengubah POLITIK Thai semasa PRU baru2 ini. Kte tunggu GELOMBANG KUNING terhadap Malaysia pada PRU-13 akan datang kelak.. ^_^

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan