Jul 20, 2011

CEKAP’11 Dalam Memori


17 Julai lalu, berakhirlah program CEKAP’11 yang telah di anjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Selangor Universiti Malaya (PERMAS) dengan kerjasama Unit Kaunseling Sekolah Menengah Agama Bagan Terap.

Ternyata CEKAP’11 ini telah memberi satu kepuasan di dalam diri ku ini. Pelbagai pengalaman dapatku timba sepanjang program ini berlangsung. Sungguh ia tidak dapat di beli! Akan sentiasa tersemat dalam memori ku ini.

Program ini merupakan program pertama anjuran PERMAS bagi sesi 11/12. Aku secara peribadi berasa sangat gembira kerana program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya sebagai Presiden persatuan.

Perjalanan Program

Program ini dirancang sebaik sahaja peperiksaan semester berakhir. Dengan masa yang sangat singkat dan pengalaman yang sedikit, kami meneruskan juga program ini.

Aku berasa gerun sebaik sahaja mendengar hampir 250 orang pelajar akan turut serta. Jumlah yang ku kira sangat ramai untuk di kawal. Namun, itu bukanlah alasan untuk kami gagal dalam melaksanakan amanah kami ini.

Pelbagai masalah terpaksa kami tempuhi sepanjang melaksanakan program ini. Daripada masalah penajaan program sehinggalah kepada mencari fasilitator. Ternyata kesemua itu sangat mencabar kesabaran diri ini.

Apapun aku tidak berseorangan dalam menghadapi masalah ini. Aku telah dibantu oleh MT PERMAS yang lain. Paling banyak membantu semestinya timbalanku, Izzati. Sangat banyak jasa yang telah diberikan olehnya untuk menjayakan program ini. Daripada mencari sekolah sehinggalah selesai program. Beliau sememangnya sangat membantu!


Seterusnya, tidak dilupakan kepada kawan-kawan yang sanggup berkorban masa menjadi fasilitator untuk program CEKAP’11 ini. Aku mendengar ada yang sanggup di marahi oleh bos di tempat kerja semata-mata mahu membantu menjayakan program ini.

Aku berasa sangat terharu. Sangat sukar untuk aku membalasnya. Semoga Allah membalas jasa kalian semua di akhirat kelak.

CEKAP’11

Sepanjang program berlangsung, tenaga fasilitator hanya seramai 15 orang. 5 orang lelaki dan 10 orang perempuan. Itupun seorang berasal daripada Kedah. Bilangan peserta pula seramai hampir 180 orang.


Pelbagai pengalaman yang dapat dikutip untuk menjayakan program ini. Ada yang manis di telan tidak kurang juga pahit untuk ditelan. Apapun ianya adalah asam garam dalam melaksanakan program ini.

Pengalaman paling manis yang dapat ku timba dalam program ini adalah apabila membaca komen yang diberikan oleh adik-adik kepadaku. Sangat positif dan memberikanku semangat untuk meneruskan program sebegini kelak.

Antara komen yang paling ku ingat adalah apabila ada seorang adik ini yang mengatakan kedua-dua program yang telah ku buat sebelum ini sangat seronok dan mereka berasa sangat bersemangat setelah melalui program yang telah ku lakukan sebelum ini.

Hanya satu yang mampu ku ucapkan, terima kasih adik  komen yang abang rasa sangat ikhlas dan membina.

Adik-adik peserta ternyata sangat bersemangat dan mempunyai potensi di dalam diri mereka. Setiap slot dan sesi program dilalui oleh mereka dengan begitu semangat sekali. Aku sendiri berasa semangat sebaik melihat wajah mereka yang bersemangat itu. Syabas adik-adik!

Harapan


Setiap pertemuan pastinya ada perpisahan. Ternyata perpisahan itu adalah detik paling pahit untuk aku dan fesi-fesi yang lain telan. Namun itulah lumrah dalam kehidupan. Setiap permulaan pastinya ada pengakhiran. Setiap kehidupan pasti adanya kematian di hujungnya.

Apapun kepada adik-adik fesi, abang minta maaf sebab kita tidak sempat nak berjumpa selepas habis program. Abang terpaksa bergegas ke tempat lain. Insyallah ada rezeki kita akan jumpa lagi kelak.

Akhirnya, aku ingat ucap ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program CEKAP’11. Semoga kerja kita ini di nilai oleh Allah SWT. Jadikan pengalaman ini sebagai pemangkin semangat untuk kita lebih bersemangat pada masa akan datang.

1 ulasan:

Anonymous said...

assalamualaikum...
tahniah & syabas kpd YDP PERMAS & Timbalannya sesi 11/12 kerana berjaya melaksanakan program yang pertama diterajui oleh anda berdua. Moga mendapat keberkatan daripadaNya, InsyaAllah. Ada mase buat la program lg...insyaAllah, kami setia membantu... :)

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan