Persoalan asas ini adalah antara perkara yang sering aku fikirkan sekarang. Ya, siapakah aku setahun akan datang? Siapakah aku 2 tahun akan datang? Adakah aku masih orang yang sama? Masih mengharapkan bantuan orang lain untuk meneruskan kehidupan ku yang serba lalai ini?
Oh, pastinya kalian tertanya-tanya, kenapakah aku berfikir sedemikian? Ini kerana aku tidak mahu diri ku yang serba bermasalah ini akan menjadi orang yang masih sama bermasalah pada setahun akan datang.
Aku mahu mengubah kehidupan agar aku menjadi lebih bermakna untuk hidupku ini pada masa akan datang!
Sempena bulan Ramadhan ini, aku amat berharap aku dapat menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Kemuliaan Ramadhan di harap dapat menjadikan aku insan yang lebih baik dan maju daripada sebelumnya.
Mungkin dari kaca mata, aku di lihat penuh kesempurnaan. Namun hakikatnya aku masih mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan. Kekurangan yang pastinya harus diubah untuk menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang.
Namun, aku takut hendak berubah. Aku takut di cemuh untuk berubah. Aku takut perubahan ini bakal menghilangkan rakan karibku sendiri. Paling ku takuti aku bakal kehilangan keluarga yang amat ku sayang.
Ya, Allah! Apakah yang harus aku lakukan sekarang? Di telan mati bapa, di luah mati ibu. Aku tersepit antara dua persimpangan. Satu persimpangan kearah kejayaan namun penuh berliku dan satu lagi persimpangan lamaku yang ku sudah lalui bertahun lamanya namun tidak menjanjikan apa-apa pada masa akan datang.
Aku sedar, setiap kejayaan menuntut satu pengorbanan. Pengorbanan yang tiada tolok bandingan. Pengorbanan yang perit dan pahit untuk ditelan. Aku mungkin bakal kehilangan benda yang paling aku sayang.
Namun, mungkin benda itu adalah rempah-ratus kepada kejayaanku kelak. Seribu tapak bermula dengan langkah yang pertama. Setiap cubaan bakal mematangkan diri ku ini. Aku harus kuat!
Teringat pesan seorang guru yang hebat, “Orang yang berjaya mempunyai fikiran dan cara kerja yang berbeza dengan orang biasa.” Ya, aku akan ingat sampai bila-bila pesanan ini.
Moga-moga pengorbanan yang bakal ku lakukan ini akan menjadikan aku insan yang lebih baik pada masa akan datang. Tambahan bulan barakah yang penuh kemuliaan ini. Pastinya ia akan membantuku mencapai kejayaan.
Usah bicara soal kejayaan andai gentar menghadapi rintangan! Aku akan terus mara memburu impian mencapai puncak kejayaan!
*Luahan isi hati dari seorang insan yang ingin mengubah hidupnya menjadi lebih baik!
1 ulasan:
InsyaAllah.. moga2 termakbul..
:)
Post a Comment