Aug 17, 2011

Ayuh! Ramadhan Semakin Berlalu


Sebaik sahaja tiba bulan Ramadhan, rasa bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk beribadah di bulan yang sungguh mulia ini. Kini sudah hampir separuh bulan telah berlalu. Masa yang ada amat suntuk dan terhad terutama bagi orang yang memahami kelebihan bulan ini.

Ramadhan menurut para ulama’ adalah bulan penyucian diri. 11 bulan sebelum ini yang penuh dengan kekotoran akan di bersihkan pada bulan ini. Kalau mudahnya ibarat kereta yang perlu diservis bagi menambah baik keadaan kereta untuk kegunaan pada masa akan datang.

Apa yang ingin dikongsikan saya di dalam artikel ini adalah bagaimana keunikan Islam itu dalam menjaga umatnya. Islam itu sendiri adalah agama yang perlu kefahaman dalam memahami agamanya. Ia bukan sekadar satu taklid yang di ambil daripada generasi terdahulu.

Ramadhan adalah antara contoh terbaik yang kita boleh ambil untuk melihat keindahan Islam itu sendiri. Tempoh sebulan berpuasa pastinya memberi manfaat kepada umat Islam itu sendiri.

Pada masa inilah umat Islam dapat merasa keperitan dan kesusahan yang di alami oleh orang yang susah. Selain itu, pada bulan Ramadhan ini, umat Islam dapat meningkatkan amalan bagi mengejar lailatulqadar yang mana ganjaran pahala pada malam itu ibarat seribu bulan.

Sangat menakjubkan! Jika Allah memperlihatkan nilai pahala tersebut, nescaya manusia akan berebut-rebut untuk mendapatkan pahala tersebut.

Apapun di harapkan tempoh yang masih ada ini akan dimanfaatkan oleh kita semua. 10 malam terakhir semakin menjelang. Semoga kita akan memanfaatkan sepuluh malam terakhir yang akan datang dengan sebaiknya.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan