Aug 15, 2011

Ingin Menjadi Kaya? Bacalah kisah ini...


Pastinya impian kita semua mahu mengecapi kesenangan di dalam hidup. Ingin merasa hidup mewah dan selesa. Sekurang-kurangnya ingin mempunyai sebuah kereta sendiri dan rumah sendiri. Pastinya ini menjadi impian setiap daripada kita.

Teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh seorang murabbi. Dalam sebuah tazkirah, beliau telah menceritakan sebuah kisah yang pastinya sangat membuka fikiran kita semua.

Murobbi ini menceritakan pada masa kecilnya dahulu, dia tinggal bersama neneknya. Suatu hari, ketika sedang berjalan-jalan di sebuah pasar, beliau melihat satu alat permainan yang sangat menarik. Beliau berasa sangat teruja untuk membeli permainan tersebut.

Sebaik sahaja sampai di rumah, beliau memberitahu neneknya berkenaan hal tersebut. Sambil tersenyum, neneknya membenarkannya dengan syarat. Beliau harus membeli dengan duitnya sendiri.

Murobbi itu berasa sangat sedih namun berazam mahu membeli permainan itu juga. Di tangannya sudah mempunyai lebih kurang RM5 sedangkan mainan tersebut berjumlah hampir RM50.

Beliau kemudian merancang mahu menyimpan duit poketnya setiap hari. Satu hari dia boleh menyimpan dalam 50sen. Seminggu dia akan dapat dalam RM2.50. Timbul persoalan dalam kepalanya, sampai bilakah dia harus mengumpul duit untuk mencapai kearah itu?

Selepas seminggu, neneknya bertanya kepadanya, sudah cukupkah duit? Dia lantas menjawab dengan penuh kesedihan bahawa masih belum mencukupi. Sambil tersenyum, neneknya memberikan kata semangat kepadanya.

Minggu kedua seterusnya, neneknya bertanya perkara yang sama kepada beliau. Namun, semangat beliau kelihatan semakin pudar. Melihat cucu kesayangannya begitu, neneknya tersenyum. Dengan nada memujuk, neneknya berkata, “Mahukah cara paling cepat untuk membeli permainan itu?”

Mendengar sahaja perkara itu, dengan segera beliau mengangguk keseronokan. Neneknya kemudian menyarankan beliau supaya memberi kesemua duit simpanannya kedalam tabung surau.

Mendengar sahaja saranan tersebut, terus sahaja murobbi tersebut berasa serba salah. Sudahlah duit masih tidak cukup, kena beri pula pada tabung surau. Melihat muka cucunya semakin mencuka, si nenek mendakap cucu kesayangannya itu.

Dengan suara yang lembut, nenek kemudian menceritakan bahawa setiap sedekah yang di berikan pasti akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran yang lebih banyak pada masa akan datang.

‘Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan.Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya’. Hadis ini telah di riwayatkan oleh Imam Muslim.


Setelah mendengar penjelasan tersebut, si murobbi itu dengan senang hati menyedekahkan semua duit yang dia ada. Akhirnya tidak sampai sebulan, beliau mendapat permainan yang diimpikannya itu.


Pelbagai pengajaran yang boleh di ambil daripada kisah ini. Setiap kekayaan dan harta yang kita miliki ini pastinya semua milik Allah SWT. Jika kita kembalikan harta pinjaman kepada Allah, pastinya Allah akan membalas lebih lagi. Jika tidak di dunia, pastinya di akhirat kelak.

Ini antara beberapa kisah yang perlu kita renungi bersama. Nilai keberkatan juga harus dititik beratkan. Keberkatan inilah yang sangat penting kerana tanpa keberkatan, harta kita akan manjadi kurang nilainya.

2 ulasan:

ZWAN SABRI said...

good entry..
aku slalu berkira kira nk sedekah klw tengah pokai..
tp dengan entry ni, maybe lepas ni aku x payah pikir 2 3 kali untuk besedelah.. ;)


MySuaraBlog: Hidupkan Kad Raya

Cappuccino Lover said...

wah... mmg berkesan kat hati la entri nie. terus ingat. alhamdulillah... thanx ye... ^__^

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan